Khusus untuk pencinta pencuci mulut, lebih-lebih lagi aiskrim, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba perisa aiskrim yang baharu yang unik dari Merry Ice Cream iaitu Nutty Berries yang berharga RM30.90 untuk satu pint.

Perisa baharu ini menggabungkan rasa berkrim kacang tanah dengan unsur strawberi yang manis dan menyegarkan. Ia pastinya mengingatkan anda kepada hidangan roti bakar dengan sapuan jem peanut strawberry yang disediakan sebelum pergi sekolah sewaktu kecil dahulu.

Bagi yang tidak mengetahui, Merry Ice Cream bermula daripada sebuah kafe di Pulau Pinang pada 2016. Jenama ini menyajikan perisa yang sentiasa memenuhi citarasa Malaysia dengan kombinasi rasa yang berani. Sehingga ke hari ini, Merry Ice Cream telah berjaya mencipta lebih daripada 30 perisa aiskrim unik yang dijual di seluruh negara termasuk:

Selain daripada Nutty Berries baharu, Merry Ice Cream turur membawakan kembali dua perisa kegemaran ramai iaitu Peppermint Mocha dan Teh IronLady.

Untuk Peppermint Mocha, ia menggabungkan aroma kopi putih Ipoh kegemaran Malaysia bersama rasa yang membangkitkan deria rasa iaitu minty mentol yang menyegarkan. Ia turut dilengkapi dengan sentuhan coklat pada akhir rasa.

Manakala perisa kedua kedua pula iaitu aiskrim Teh IronLady menawarkan rasa yang lebih eksotik. Hal ini kerana, perisa ini dihasilkan daripada wangian teh semulajadi yang diekstrak dari daun teh yang diimport dari An Xi, Fujian di China.

Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh lakukan pesanan di laman atas-talian Merry Ice Cream bermula hari ini!