Ohh Bakery & Cafe adalah sebuah restoran dan kafe yang terletak di Denai Alam, Shah Alam yang membawakan rekaan dalam dalam kafe yang minimalis dengan gabungan warna yang moden iaitu hitam, putih dan emas.

Menampilkan variasi pilihan hidangan, Ohh Bakery & Cafe memfokuskan kepada penawaran pastri yang berbagai termasuk Durian Crepe (RM10), Strawberry Croissant (RM15), Mushroom Chicken Pie (RM12), Tom Yum Quiche (RM15), Pavlova (RM15), Kek (RM12-RM35), Eclair (RM12), tart dan banyak lagi.

Berdasarkan pengalaman makan Tajria di Ohh Bakery & Cafe, setiap pastri yang dihidangkan amatlah memuaskan yang mana sangat sesuai jika anda seorang yang bukan penggemar manisan yang manis. Jika ditanya, apakah pastri dan manisan yang dicadangkan sekiranya anda ingin datang mencuba, pastinya anda wajib untuk mendapatkan Durian Crepe dan Strawberry Croissant.

Mengapa kami memilih Durian Crepe dari Ohh Bakery & Cafe sebagai menu wajib cuba? Jawapannya, pastilah disebabkan rasanya yang enak. Berbanding dengan durian crepe biasa yang ditawarkan di pasaran, doh crepe yang disediakan adalah cukup lembut di samping menampilkan inti krim yang sangat cukup rasa duriannya.
Sekiranya anda berpeluang merasai Durian Crepe ini, anda pasti akan menyukainya seperti saya dan juga rakan sekerja saya.


Selain daripada pastri, anda turut boleh menikmati pelbagai jenis sajian pasta yang lazat. Tidak hanya itu, saiz hidangan untuk kesemua pasta yang ditawarkan juga adalah cukup banyak dan bertepatan dengan harga yang diletakkan.
Untuk Tajria, kami berpeluang untuk mencuba 2 jenis pasta yang ditawarkan di dalam menu iaitu:
- Spicy Salted Egg Chicken Pasta (RM25)
- Spicy Beef Aglio Olio (RM19)


Tidak sekadar itu, Ohh Bakery & Cafe turut menawarkan beberapa pilihan sajian lain iaitu Fish N Chip (RM23), Big Breakfast (RM23), Beef Croissant 3pcs (RM18) dan lain-lain.
Kepada pencinta kopi pula, anda boleh mencuba hidangan kopi asas di Ohh Bakery & Cafe seperti Espresso (RM5), Americano (RM7), Long Black (RM9) dan Latte (RM9). Setakat ini, pilihan kopi dan minuman lain masih lagi terhad dan dijangka akan diperluaskan dalam masa terdekat.

Seterusnya, menjelang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, Ohh Bakery & Cafe menawarkan set kuih raya yang boleh anda dapatkan sama ada untuk dijadikan sebagai hadiah atau santapan sendiri di rumah. Untuk set hadiah, Ohh Bakey & Cafe ada menyediakan 4 jenis pilihan hamper yang dihias indah, iaitu:
- Set Baiduri – RM300
- Set Rampai – RM150
- Set Adika – RM130
- Set Molek – RM50

Bagi anda yang berminat, anda boleh mengunjungi Ohh Bakery & Cafee bagi merasai pengalaman makan yang cukup indah disamping menikmati pelbagai sajian makanan pada harga yang cukup berbaloi.
Anda juga boleh menikmati beberapa promosi khas sempena pelancaran kafe mereka. Antaranya, anda boleh membawa pasangan atau rakan anda untuk mencuba hidangan di Ohh Bakery dan dapatkan kek pada harga yang lebih rendah iaitu RM8 sahaja.
Pada hari Ahad pula, Ohh Bakery & Cafe menyajikan Durian Crepe secara percuma sekiranya anda memesan sajian tengahari dan dine-in di kafe.
Ohh Nak Food
Lokasi: 48-G,E-Boulevard Phase E1-1, Jalan Elektron E U16/E, Seksyen U16, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
Tel: +603-78315937 / +60102085105
Whatsapp: +60102085105 / +60146527283
Waktu Operasi Ohh Bakery & Cafe: Dibuka Selasa hingga Ahad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang