Sempena bulan puasan dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, nampaknya KFC mula memperkenalkan menu baharu kepada umum iaitu KFC Ayam Percik.

Untuk hidangan Ayam Percik ini, KFC nampaknya menawarkan sajian yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia menampilkan ayam Hot & Spicy yang digoreng rangup dan disaluti dengan campuran herba dan rempah ratus aromatik Melayu seperti serai, halia, lengkuas, dan kunyit. Melengkapkannya, anda boleh menghidangkan KFC Ayam Percik bersama Nasi Colonel kegemaran ramai.

Bagi anda yang berminat, KFC Ayam Percik boleh didapati bermula esok (24 Mac 2022) pada harga bermula RM16.49 untuk set Kombo 2-ketul.

Selain itu, anda turut boleh memesan KFC Bucket Kongsi yang menawarkan pilihan 5-ketul, 9-ketul, atau 15-ketul ayam yang boleh didapati bermula 12 April 2022.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba KFC Ayam Percik dan kongsikan pengalaman anda bersama Tajria. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini melalui pesanan di aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula esok!

Muat turun aplikasi KFC (iOS) (Android)