Dengan keperluan pengguna yang semakin berkembang sejak kebelakangan ini, myNEWS yang merupakan rangkaian kedai serbaneka terkemuka di Malaysia kini telah mula mengembangkan perniagaan mereka menerusi myNEWS SUPERVALUE yang kini terletak di Taiping.

Telah dibuka sejak tahun 2021 yang lalu, myNEWS SUPERVALUE kini telah mempunyai hampir 9 buah cawangan di beberapa negeri terpilih iaitu Johor, Melaka, Perak, Kedah, Penang dan juga Selangor.

Ia menawarkan variasi pilihan produk selain turut menyediakan pengalaman membeli-belah yang selesa dan mudah kepada pelanggannya yang mana anda boleh mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang berbaloi.

Antara tawaran menarik yang boleh anda dapatkan di myNEWS SUPERVALUE termasuklah; makanan kering, makanan basah dan makanan ringan. Malah, anda turut boleh mendapatkan hidangan sedia dimakan, bakeri dan barangan makanan segar dari Maru Cafe di semua kedai SUPERVALUE.

Selain di Taiping, Perak, berikut adalah senarai cawangan sedia ada myNEWS SUPERVALUE di seluruh negara yang boleh anda kunjungi:

  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Taman Impian Emas, Johor
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Jalan Sekerat Alor Setar
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Bukit OUG
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Laman Rimbunan Kepong
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Malim Jaya Melaka
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Bidor Business Centre
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Taman Camar Jaya
  • myNEWS (SUPERVALUE) @ Taman Merak, Simpang Ampat