Berdasarkan perkongsian McDonald’s di aplikasi mudah alih mereka, program McCafe Rewards akan ditamatkan pada penghujung April ini, iaitu 30 April 2022.

Oleh itu, bagi anda yang sedang aktif mengumpul setem untuk setiap pembelian minuman kegemaran anda, pastikan jumlah setem anda telah lengkap dan mula tebus ganjaran anda dalam masa terdekat. Dapatkan Iced Latte, Iced Americano, Hot Latte, Hot Americano dan Cappuccino secara percuma sebelum tarikh yang diumumkan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari McDonalds berkenaan penamatan program McCafe Rewards. Namun, ia dijangka akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar dengan ganjaran yang lebih menarik!

Untuk mendapatkan setem McCafe, pastikan anda:

  1. Membeli sekurang-kurangnya 1 minuman atau makanan di McCafe.
  2. Anda layak mendapat setem untuk setiap pembelian minuman di McCafe selain daripada air Americano (S).
  3. Setem tidak akan disediakan untuk pembelian di McDelivery, GrabFood, FoodPanda dan servis perkhidmatan yang lain.