Carian
Jovian Hadir Dengan Pelekat Pakai Buang Untuk Awning Hijab Yang Lebih Kukuh
March 24, 2022 Lina Rosli

Salah satu faktor mengapa ramai individu memilih untuk memakai selendang berbanding tudung bawal adalah disebabkan pengurusan awning yang lebih mudah dan senang untuk dijaga.

Lebih-lebih lagi untuk sesetengah fabrik seperti satin dan chiffon, ia cenderung mempunyai tekstur yang lebih lembut dan licin, jadinya ia akan menyukarkan si pemakai untuk mendapatkan bentuk awning yang kukuh untuk hijab mereka.

Oleh sebab itu, Jovian kini hadir dengan solusi yang mungkin akan menjadi pilihan kebanyakan wanita iaitu produk Jovian Stick-On Hijab Awning.

Jovian Stick-On Hijab Awning merupakan pelekat lutsinar yang digunakan untuk membentuk hujung hijab yang lebih on-point. Ia diperbuat daripada filem plastik yang ringan dan nipis yang memudahkan si pemakai untuk membentuk dan menahan awning tudung pada tempatnya. Disebabkan ia lutsinar juga, maka ia tidak akan kelihatan apabila memakainya.

Untuk pengetahuan anda, Jovian Stick-On Hijab Awning boleh digunakan semula sehingga 2 kali. Jadinya, anda boleh memakai sekitar 10 kali bagi setiap set pembelian yang berharga hanya RM 14.90.

Sekiranya anda berminat, dapatkan Jovian Stick-On Hijab Awning di kedai rasmi Shopee Jovian bermula hari ini!

(Beli di Shopee – Jovian Hijab Awning)

Komen