Nama yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar barangan RM2, Eco-Shop merupakan pilihan yang ideal untuk anda kunjungi sekiranya ingin mencari barangan rumah atau keperluan makanan pada harga yang rendah.

Di Malaysia, terdapat hampir 202 jumlah cawangan yang telah dibuka di seluruh negara dengan purata kedai di setiap negeri sekitar 15 hingga 20 cawangan. Eco-Shop dilihat menjual lebih daripada 10,000 barangan isi rumah setiap hari yang merangkumi jenama tempatan dan juga global.

Selain daripada jenama luar, Eco-Shop turut hadir dengan produk keluaran mereka yang tersendiri di bawah beberapa jenama yang berbeza, iaitu:

  1. Excue – Produk penjagaan dan pembersihan rumah
  2. Ganso – Produk cucian dan cecair pembasmi rumah
  3. Casa – Produk atau barangan plastik untuk rumah dan pejabat
  4. Verona – Produk penjagaan diri
  5. Kreati – Alat tulis dan alatan pejabat
  6. Ell’s – Produk kecantikan dan fesyen
  7. Sped – Barangan elektronik dan alat sambungan elektrik
  8. Delicies – Snek makanan
  9. Hyro – Produk kelengkapan rumah
  10. Maxz – Produk penjagaan kereta
  11. Wak Limah – Bahan untuk masakan
  12. ENE – Barangan fabrik dan fesyen
  13. Cripstar – Snek dan kekacang
  14. Pawsitives – Produk untuk haiwan peliharaan
  15. Babyboo – Produk untuk bayi
  16. Framoc – Bahan penjagaan tanaman
  17. JoyIt – Alat permainan kanak-kanak
  18. Qnexx – Alat sukan dan riadah
  19. Mama – Barangan bantu memasak

Wak Limah

Dibawah jenama Wak Limah, anda boleh mendapatkan pelbagai produk dan bahan masakan pada harga yang berbaloi iaitu hanya RM2.20 sahaja bagi setiap produk.

Ia menampilkan pilihan yang merangkumi produk masakan yang sudah dimasak dan juga masih mentah seperti serbuk lada hitam, bawang goreng, tepung ayam goreng rangup dan banyak lagi.

Excue

Apabila sebut sahaja tentang Excue, produk pertama yang bermain di minda adalah tisu. Terdapat variasi jenis tisu yang ditawarkan dibawah jenama seperti tisu basah kanak-kanak, tisu pembersih solekan, kapas muka, tisu tangan, pembersih telinga (cotton swab) dan banyak lagi.

Berdasarkan pengalaman penggunaan penulis sendiri, walaupun ia ditawarkan pada harga yang rendah, namun kualiti untuk kebanyakan tisu dibawah jenama ini adalah cukup memuaskan selain turut menampilkan kuantiti yang sama seperti produk lain di dalam pasaran.

Ganso

Jenama ini memperlihatkan barisan produk yang khusus untuk pencucian dan pembersihan. Antara produk dibawahnya termasuklah pencuci sinki, sabun lantai, sabun pinggan, cecair pembersih baju, peluntur, pencuci tingkap, tisu basah yang merangkumi tisu pelbagai guna dan tisu pembersih perabot

Casa

Untuk barang-barang rumah seperti kelengkapan pejabat mahupun dapur, anda boleh mendapatkannya melalui barisan produk Casa.

Memfokuskan kepada penawaran barangan plastik, anda boleh mendapatkan bakul sampah, bekas plastik, penyepit, pinggan dan mangkuk plastik, cawan, plastik pembungkusan dan banyak lagi pada harga hanya RM2.20 sahaja.

Delicies

Tidak hanya memfokuskan kepada barangan rumah, anda juga boleh mendapatkan snek makanan tersendiri yang ditawarkan oleh Eco-Shop seperti kuih raya kacang hijau, roti dan pastri serta kerepek dan keropok.

Kebiasaannya, snek ini sering diletakkan berdekatan dengan kaunter sebelum pelanggan membuat pembayaran. Pernahkah anda melihatnya?

Menerusi 19 jenama yang berbeza ini, Eco-Shop nampaknya dapat memfokuskan kepada penawaran produk tersendiri yang tertentu untuk setiap jenama. Ia sekaligus membuatkan syarikat ini mempunyai identiti yang lebih unik sekaligus menjadikannya destinasi automatik untuk pelanggan yang mencari gaya tertentu.