Tourism Selangor kini mengumumkan bahawa Taman Eko Rimba Kanching (TERK) telahpun kembali beroperasi pada 26 Mac 2022 yang mana ia dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Bagi ada yang yang ingin berkunjung ke Taman Eko Rimba Kanching (TERK), anda masih perlu mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

  • Hanya individu yang berstatus “Low Risk” dan “Casual Contact Low Risk” yang dibenarkan masuk.
  • Wajib menunjukkan kad dan sijil digital vaksinasi yang memapaparkan status vaksinasi lengkap
  • Pengunjung yang bergelaja seperti selsema, sakit tekak, batuk dan sukar bernafas adalah tidak dibenarkan masuk
  • Memastikan jarak sosial 1 meter pada setiap masa
  • Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa
  • Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam 1-3 meter
  • Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam 3-5 meter
  • Tapak perkhemahan perlu memastikan jarak minima 2 meter dengan khemah yang lain, dan aktiviti bermalam adalah tidak dibenarkan

Kadar bayaran terbaharu bagi kemasukan ke TERK adalah seperti berikut:

  • Isnin – Jumaat: RM 2 seorang (Warganegara) RM 8 seorang (Bukan Warganegara)
  • Sabtu, Ahad Cuti Umum: RM 3 seorang (Warganegara) RM 8 seorang (Bukan Warganegara)

Untuk informasi lanjut, sila layari www.selangor.travel, atau ikuti kemas-kini di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor.