Texas Chicken adalah antara rangkaian makanan segera yang popular di Malaysia. Ia memfokuskan kepada jualan ayam selain turut menawarkan pelbagai menu berbaloi termasuk biskut madu-mentega, pancake dan bagel, dan juga hidangan bubur dan burger.
Untuk kali ini, Texas Chicken nampaknya mengeluarkan hidangan yang pastinya menarik perhatian ramai iaitu Texadilla Smoky & Savoury.
Menu ini menyajikan kepingan roti tortilla bersama sajian ayam yang disalai dan dimasak dengam rempah ratus yang menyelerakan. Ia menggunakan dua kepingan dada ayam di samping melengkapkannya dengan sos khas yang akan memberikan nikmat makan yang mengenyangkan.

Bagi anda yang menggemari hidangan ala Mexico, menu Texadilla terbaru daripada Texas Chicken ini boleh mula didapati hari ini di rangkaian kedai Texas Chicken Malaysia berdekatan anda, atau anda juga boleh memesannya melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.
Harga bagi setiap hidangan Texadilla adalah:
- Set Kombo A Texadilla bersama kentang goreng- RM22.40
- Set Kombo B Texadilla bersama 1 ketul ayam goreng – RM25.90
- Texadilla Ala Carte – RM17.90