Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita menghampiri Ramadan yang mana ZALORA kini nampaknya sudah mula mempersiapkan platform mereka dengan barisan peragaan dari jenama-jenama fesyen tempatan yang termuka.

Antara jenama yang diperlihatkan pada acara #ZALORARaya2022 termasuklah NH By Nurita Harith, Lubna, Zalia, Raeesa, Maslea, TAS by Tom Abang Saufi dan juga Yadotsa.

Ketujuh-tujuh jenama ini dilihat menampilkan idea dan konsep rekaan mereka yang tersendiri. Yang mana ia merangkumi penggunaan warna bagi setiap busana, corak dan rekaan yang bersesuaian selain turut menampilkan aksesori lain yang melengkapkan lagi gaya sempena Syawal kelak.

Berikut adalah koleksi yang diperagakan oleh setiap jenama fesyen yang terlibat:

NH By Nurita Harith

Lubna

Zalia

Raeesa

Maslea

TAS by Tom Abang Saufi

Yadotsa

Sudah menjumpai koleksi dan rekaan yang menarik perhatian anda? Jika ya, anda boleh melakukan pembelian terus di laman rasmi Zalora. Selain daripada menggunakan kaedah pembayaran melalui perbankan atas talian, anda juga turut boleh menggunakan atome ke atas transaksi yang ingin dilakukan.