Carian
Panduan Berpuasa Dengan Selamat Sepanjang Ramadan Ini – Khusus Untuk Penghidap Diabetes
March 28, 2022 Lina Rosli

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum semua Muslim menyambut Ramadan yang bakal tiba. Oleh sebab itu, pentingnya untuk anda mempersiapkan diri anda tidak kira tubuh atau minda untuk melakukan ibadah puasa setiap hari selama sebulan dari matahari terbit hingga terbenam.

Walaupun sudah menjadi satu kebiasaan setiap individu untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, namun janganlah anda memandang mudah akan risiko terhadap kesihatan diri disebabkan oleh perubahan keadaan metabolik.

Lebih-lebih lagi untuk individu yang menghidapi masalah diabetes, pengambilan makanan dan minuman sepanjang berpuasa adalah penting. Hal ini kerana, jika terdapat kesilapan dalam pengurusan makanan, ia berkemungkinan besar akan memburukkan komplikasi sedia ada yang berkaitan dengan diabetes seperti dehidrasi atau hipoglikemia semasa waktu berpuasa, dan juga hiperglikemia selepas berbuka puasa.

Untuk membantu individu yang menghidap diabetes bersedia untuk berpuasa pada Ramadan ini, berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh mereka mulakan:

Lakukan Percubaan Puasa Sebelum Ramadan

Dapatkan nasihat dari doktor anda untuk menjalankan percubaan puasa sebelum Ramadan. Anda boleh berjumpa doktor dan pakar diet sebelum Ramadan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Penilaian pra-Ramadan ini penting untuk memahami risiko yang berkaitan, mengenali sebarang komplikasi yang mungkin timbul semasa dan selepas berpuasa Ramadan selain turut mengetahui cara menanganinya.

Sewaktu mendapatkan nasihat perubatan, doktor akan menyemak sejarah perubatan anda, melakukan penilaian risiko, menasihati tentang dos ubat dan rutin insulin, serta menilai sama ada berpuasa cukup selamat untuk diri anda.

Amalkan Tabiat Bangun Awal Untuk Bersahur Dan Berbuka Puasa Tepat Pada Waktu

Antara amalan yang biasa dilakukan oleh segelintir umat Islam ialah tidak bersahur selain lewat berbuka puasa.

Tindakan ini sememangnya tidak baik untuk anda. Oleh itu, rancang amalan pemakananan anda dengan memastikan pengambilkan hidangan rendah indeks glisemik dan makanan berserat tinggi kerana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan.

Contohnya, anda boleh mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk barli dan juga kekacang. Namun, jika anda tidak mempunyai sumber makanan yang mencukupi, anda boleh mendapatkan Abbott’s Glucerna. Ia diformulakan secara khusus untuk penghidap diabetes kerana ia dapat membantu mengawal tahap glukosa darah dan membolehkan kawalan glisemik yang lebih baik.

Ketika bersahur pula, sebaiknya ambil 2 hingga 3 biji kurma atau sepinggan kecil buah-buahan dan minum banyak air untuk mengatasi dehidrasi.

Kekal aktif – Lakukan Aktiviti Fizikal Intensiti Ringan Hingga Sederhana

Senaman mempunyai banyak faedah untuk penghidap diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula dalam darah sehingga 12 jam. Bukan itu sahaja, ia turut membolehkan badan menggunakan insulin dengan lebih cekap.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, praktikkan senaman ringan atau sederhana sekurang-kurangnya 30 minit antara waktu berbuka puasa. Harus diingatkan, anda perlu elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan risiko hipoglikemia atau dehidrasi yang lebih tinggi jika tidak dilaksanakan dengan baik.

Dengan perkongsian ini, diharap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami langkah yang perlu dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Apa yang paling penting adalah pastikan anda mengamalkan pemantauan glukosa, waktu pemakanan, perlaksanaan senaman dan pengambilan ubat-ubatan sebelum, semasa dan selepas berpuasa.

Komen