Membawakan rekaan yang berkonsepkan angkasa lepas, Swatch dengan kolaborasi bersama Omega dilihat memperkenalkan 11 pilihan jam tangan Bioceramic yang dinamakan sempena nama planet menerusi koleksi Bioceramic MoonSwatch.

Sebelum ini, Omega Speedmaster Moonwatch adalah koleksi jam tangan yang menjadi pilihan penggemar jam tangan. Jadi kali, dengan tawaran yang lebih mampu milik, kedua-dua jenama ini menjadikan koleksi jam tangan MoonSwatch boleh diakses oleh segenap lapisan peminat.

Apa yang menarik mengenai koleksi Bioceramic MoonSwatch adalah, ia menggabungkan bahan Swatch Bioceramic dengan elemen reka bentuk Omega Speedmaster Moonwatch. Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai pilihan warna mengikut planet yang dipersembahkan.

Bercerita mengenai antaramuka pada jam Omega X Swatch, ia menerima penjenamaan semula untuk semua dail yang mana ia memperlihatkan logo ikonik Speedmaster dan logo MoonSwatch baharu. Sementara jarum jam, minit, saat dan penanda jam menggunakan Super-LumiNova untuk cahaya yang sempurna dalam gelap.

Sementara untuk pergerakan jam pula, jam tangan ini menggunakan gerakan kuarza dan menampilkan skala tachymeter dan ukiran huruf ‘S’ halus ke dalam kristal yang mana kebiasaannya logo Omega ditemui pada koleksi Moonwatch.

Bagi yang berminat, anda boleh berkunjung ke cawangan Swatch di Pavillion Bukit Bintang bermula esok jam 10 pagi. Harga jualan bagi setiap jam tangan ini adalah RM1065 seutas yang mana kuantiti yang ditawarkan juga adalah terhad iaitu sekitar 30 unit bagi setiap variasi.

Layari laman rasmi Swatch untuk maklumat lanjut.