Tidak hanya menawarkan roti putih, roti berperisa, kek serta mufin, Gardenia juga sememangnya popular dengan produk terbaru mereke iaitu Gardenia Delicia Bread Spread. Ditawarkan dalam dua pilihan penyediaan, anda boleh menggunakan Gardenia Delicia Chocolate sama ada menerusi pembungkusan di dalam botol dan juga paste stick.

Gardenia Delicia hadir dengan rasa yang cukup coklat yang cukup lazat di samping menawarkan kelancaran sapuan pada roti yang memuaskan. Ini sekaligus menjadikan produk ini pilihan kebanyakan para individu sebagai pelengkap hidangan waktu pagi sebelum pergi ke kerja.

Selain Gardenia Delicia Chocolate, baru-baru jenama kegemaran ramai ini nampaknya menambah satu lagi variasi jem roti yang baharu iaitu Gardenia Delicia Salted Caramel. Sesuai bagi anda yang menggemarkan hidangan roti yang berkrim selain menawarkan rasa karamel yang padu di dalam setiap gigitan.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Gardenia Delicia Salted Caramel dalam saiz 200g dan 375g yang dijual pada harga bermula sekitar RM9.90 sebotol. Dapatkannya di rangkaian pasaraya fizikal, kedai serbaneka dan juga stesen minyak berdekatan anda.