Carian
Pertandingan Filem Pendek Menggunakan Siri Galaxy S22 – Anjuran Samsung Dan Miffest
March 28, 2022 Lina Rosli

Samsung kini bekerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (Miffest) melancarkan pertandingan filem pendek menggunakan peranti mudah alih yang terbaru dari Samsung iaitu siri Galaxy S22.

Sewaktu awal pelancaran Samsung Galaxy S22 terdahulu, Samsung telahpun mengumumkan kehebatan mod malam yang ditawarkan pada ketiga-tiga peranti mereka. Ia bukan sahaja memberikan hasil imej yang lebih jelas dan jitu, tetapi juga turut menawarkan rakaman waktu malam yang lebih meriah dengan gabungan warna-warna lampu di persekitaran.

Oleh sebab itu, Samsung bersama Miffest ingin mengajak orang ramai untuk menyertai pertandingan filem pendek ini. Anda boleh merakam idea dan menyerlahkan bakat serta kreativiti anda menggunakan Samsung Galaxy S22 Ultra.

Bagi yang tidak mengetahui, model Galaxy S22 Ultra dilengkapi dengan kuad kamera yang menggunakan sensor utama 108-megapixel selai turut menawarkan kamera telefoto yang berupaya untuk zum sehingga 100 kali. Manakala untuk kamera hadapan pula, ia membawakan sensor kamera 40-megapixel.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, tema yang diperkenalkan Samsung untuk filem pendek ini adalah Borderless With Nightography. Anda boleh mula menghantar hasil rakaman anda bermula 28 Mac sehingga 17 April 2022.

Bersama-sama dengan pengenalan pertandiangan filem pendek juga, Samsung telah membawakan 4 pengarah filem yang telah mencuba kehebatan Samsung Galaxy S22. Setiap seorang daripada mereka telahpun merakam detik-detik menarik menggunakan peranti ini yang mana mereka memfokuskan kepada genre yang berbeza seperti fesyen, muzik, sukan dan percintaan.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, tema yang diperkenalkan Samsung untuk filem pendek ini adalah Borderless With Nightography. Anda boleh mula menghantar hasil rakaman anda bermula 28 Mac sehingga 17 April 2022.

Sebanyak 22 peserta akan disenarai-pendek oleh Miffest dan hanya 3 pemenang sahaja yang akan terpilih dalam menayangkan produksi mereka pada acara Festival Filem Antarabangsa Malaysia yang bakal diadakan sekitar Julai 2022 kelak. Untuk pemenang utama, hadiah yang ditawarkan adalah berupa trofi dan wang tunai bernilai RM8000.

Komen