KOMONO baru-baru ini mengumumkan kerjasamanya dengan stylist dan perunding fesyen terkenal iaitu Tom Eerebout, menerusi koleksi KOMONO Next Tom Eerebout.

Untuk pengetahuan anda, kolaborasi antara dua entiti ini telahpun diperkenalkan sejak September 2021 yang lalu. Kini, bersempena musim bunga yang bakal tiba, Tom telah hadir dengan satu lagi koleksi yang memperlihatkan estetika glamor permaidani merah ke dalam sepasang bingkai mata kucing yang boleh boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan.

Menurut Tom Eerebout lagi, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan koleksi ini berdasarkan imej Buddy Holly dan Waylon Jennings pada tahun 1959. Selari dengan itu, beliau turut memperlihatkan kembali detik spontan tersebut menerusi sebuah kempen baharu dalam meraikan persahabatan dalam bentuk yang paling murni.

Bercerita mengenai binaan bingkai kaca mata ini pula, ia diperbuat daripada bahan yang lestari selain memperagakan reka bentuk yang kekal abadi. Bagi yang tidak mengetahui lagi, kebanyakan koleksi daripada Tom Eerebout telah dipakai oleh barisan selebriti yang terkenal termasuk Lady Gaga, Kylie Minogue dan Banks.

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke butik fizikal yang terpilih di Vernakular Store, Time Zone Gallery Ampang, Time Zone IOI City Mall Putrajaya dan Time Zone Sogo Kuala Lumpur pada harga RM799 setiap satu.