Selain memastikan tubuh anda kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan ini, adalah penting juga untuk anda memastikan kehidratan kulit berkekalan tatkala berpuasa.
Hal ini kerana, kulit yang tidak mendapat kelembapan yang mencukupi cenderung untuk menjadi kering, tegang dan menggelupas. Malah, ia juga mempunyai daya tahan yang rendah yang mana boleh menyebabkan pembukaan celah kecil antara sel-sel di lapisan luar kulit. Kesan daripadanya, penghalang bendasing kulit tidak berupaya menghalang benda berbahaya daripada memasuki ke dalamnya.
Untuk mengatasi masalah ini, Tajria akan berkongsi kepada anda 3 produk penjagaan kulit dan 3 produk solekan yang boleh anda gunakan bagi mendapatkan kulit yang kekal hidrat sepanjang berpuasa sebelum memasuki Syawal.
Ini 3 Produk Penjagaan Kulit Yang Memberikan Kehidratan Sepanjang Waktu
Berikut adalah senarai produk yang boleh anda dapatkan di rangkaian Sephora berdekatan anda:
Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream (RM 180)
Hilangkan dahaga kulit anda dengan Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream. Ia merupakan penyelesaian asas untuk memaksimakan penghidratan. Dirumus dengan Asid Hyaluronic Biru yang 2,000 kali lebih kecil, ia membolehkan krim meresap lebih dalam ke dalam kulit selain turut memberikan kulit 3.61 kali lebih kuat untuk membaiki kerosakan halangan kulit serta menguatkan kulit dari luar ke dalam.

Boleh didapati di butik & kaunter Laneige, Laneige Official Online Store (laneige.my), Laneige Social Store di Facebook , kedai rasmi Laneige di Lazada, Shopee, Zalora, Hermo dan GrabMart.
Dr. Dennis Gross Hyaluronic Marine Oil-Free Moisture Cushion (RM 282)
Segarkan kulit anda dengan semburan lembapan daripada Dr. Dennis Gross Hyaluronic Marine Oil-Free Moisture Cushion. Produk ini dirumus dengan Alga Marin Jepun dan kronosfera asid hyaluronik untuk mengunci kelembapan dan mencipta lantunan seperti kusyen pada kulit. Pelembap gel ini juga sesuai untuk semua jenis kulit yang ingin membina semula tahap lembapan mereka dan meningkatkan keanjalan kulit untuk dewiness yang lebih tahan lama.

Wardah Beauty Hydra Rose Petal Infused Toner (RM 34.70)
Menggunakan kelopak mawar sebenar, Wardah Beauty Hydra Rose Petal Infused Toner memberikan penghidratan aktif yang mengikat air dan menguncinya supaya kulit terhidrat sehingga 72 jam.
Bukan itu sahaja, ia juga memulihkan penghalang kulit yang rosak, menenangkan dan mengembalikan kelembapan ke kulit supaya ia bersedia untuk menyerap nutrien daripada penjagaan kulit anda. Produk ini sesuai untuk persediaan kulit semasa musim panas di kala bulan puasa.
Toner Hydra Rose Petal Infused boleh didapati di Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.

Ini 3 Produk Solekan Yang Memberikan Kehidratan Sepanjang Waktu
Berikut adalah senarai produk yang boleh anda dapatkan di rangkaian Sephora berdekatan anda:
Fenty Beauty Pro Filt’r Hydrating Primer (RM 162)
Untuk mendapatkan kulit yang licin, terhidrat dan mempunyai kesan kabur sepanjang pemakaiannya, mungkin Fenty Beauty Pro Filt’r Hydrating Primer adalah solusi yang anda cari.
Ia adalah primer muka yang dirumus dengan Minyak Biji Anggur dan Sodium Hyaluronate untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga dikatakan memberikan keselesaan tanpa kesan pada kulit selain memberikan kemasan sutera lembut yang sesuai untuk jenis kulit normal hingga kering.

Anastasia Beverly Hills Dewy Set Setting Spray (RM 130)
Jika anda memerlukan kulit untuk terasa licin dan segar, maka Dewy Set Setting Spray dari Anastasia Beverly Hills adalah untuk anda. Ia adalah produk berasaskan air yang mempunyai haruman kelapa dan vanila yang lembut dan sesuai untuk mereka yang berkulit kering.
Anda hanya perlu sembur sahaja pada kulit untuk menaikkan seri wajah selain membantu menetapkan aplikasi solekan agak kelihatan lebih segar.

Guerlain KissKiss Bee Glow (RM 155)
Bibir adalah antara tempat yang memerlukan hidrasi. Oleh itu, dengan Guerlain KissKiss Bee Glow, ia adalah kompromi yang sempurna antara penjagaan kulit dan solekan. Diperkaya dengan madu dan diperbuat daripada 98% bahan asal semula jadi, gel bibir ini berfungsi mengekalkan kehidratan sepanjang hari.
Ia juga dirumus dengan eosin iaitu bahan aktif yang bertindak balas dengan pH bibir untuk menghidupkan semula warna semula jadinya. Produk ini sangat sesuai untuk pemakaian harian ketika berada di luar dan sewaktu anda memerlukan rangsangan warna pada bibir.

Apa tunggu lagi, dapatkan kesemua produk ini sebelum dehidrasi kelihatan pada kulit anda! Semua produk boleh didapati di sephora.my bermula hari ini.