Sudah berapa lama anda menggunakan tilam dan sofa di rumah anda? Pernahkah anda mencuci dan membersihkan sejak mula membelinya?

Untuk pengetahuan anda, faedah utama untuk membersihkan tilam anda adalah untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah dengan serta-merta. Ia juga menyingkirkan bahan cemar biologi yang disebabkan oleh tilam yang kotor dan melawan bau busuk yang boleh menjejaskan kualiti tidur anda pada waktu malam.

Oleh sebab itu, membersihkan kesemua barangan ini adalah penting. Bagi anda yang ingin mendapatkan servis cuci tilam dan sofa, Tajria hari ini ingin kongsikan kepada anda 5 pusat servis yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan perkhidmatannya.

CleanHero

Ditubuhkan pada Mac 2016, CleanHero merupakan penyedia perkhidmatan pembersihan yang bertapak di Kajang, Selangor.

Selain menawarkan servis mencuci dan membersihkan tilam dan sofa, CleanHero turut menawarkan beberapa servis lain untuk kawasan rumah dan pejabat termasuk:

  • Pembersihan penyaman udara
  • Pembasmian dan pensanitasi kuman (Disinfecting & Sanitizing)
  • Pembersihan lantai
  • Pembersihan upholsteri

Untuk servis cucian tilam dan sofa, julat harga untuk satu tempahan adalah sekitar RM120 hingga RM320 yang mana anda hanya perlu memilih lokasi dan perkhidmatan anda yang dikehendaki dan melakukan bayaran yuran tempahan sebanyak RM50 sebelum perunding dari CleanHero mengesahkan tarikh temujanji.

Setakat ini, servis ini ditawarkan di beberapa negeri di sekitar Malaysia seperti Alor Setar, Ipoh, Johor Bharu, Batu Pahat, Nilai, Seremban, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Untuk melakukan tempahan perkhidmatan, anda boleh layari di pautan ini.

WonderKlean

WonderKlean telah dilancarkan pada Mei 2020 disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19 di sekitar Malaysia. Memfokuskan kepada perkhidmatan pembersihan rumah, WonderKlean menawarkan rangkaian perkhidmatan pembersihan yang luas meliputi semua keperluan kebersihan rumah, sama ada perkhidmatan sekali sahaja atau pakej bulanan iaitu Pelan FlexiGoood.

Antara rangkaian perkhidmatan pembersihan yang ditawarkan:

  • Servis cucian tilam
  • Servis pembasmian kuman dalaman
  • Servis pembersihan mesin basuh
  • Servis pembersihan peralatan dapur
  • Servis pembersihan penyaman udara

Untuk servis cucian tilam, bayaran one-off adalah bernilai RM280 mana durasi pembersihan adalah sekitar 90 minit. Namun, sekiranya anda ingin menggunakan servis ini secara berkala, anda boleh menempah pakej bulanan seperti:

  • Pakej 3x setahun – RM60*
  • Pakej 6x setahun – RM100*

Untuk melakukan tempahan perkhidmatan, anda boleh layari di pautan ini.

Coway – Mattress Care Service

Selain WonderKlean oleh Cuckoo, Coway turut menawarkan servis pembersihan tilam yang mana ia dilaksanakan pakar penjagaan tilam mereka yang tersendiri.

Menerusi servis ini, Juruteknik Penjagaan Rumah (HT) Coway akan melakukan perkhidmatan menggunakan peralatan dan teknologi yang terkini untuk mengukur pencemaran tilam lain di rumah anda.

Menurut Coway, habuk dan hama kecil yang tidak dibersihkan di dalam tilam akan menyebabkan kegatalan, alergi, asma dan banyak lagi. Oleh sebab itu, pembersihan berkala (4 bulan sekali) harus dilakukan oleh kebanyakan individu.

Untuk melakukan tempahan perkhidmatan, anda boleh layari di pautan ini.

Homico

Homico sebelum ini dikenali sebagai Made4U yang mana ia ditubuhkan pada tahun 2019. Sama seperti kebanyakan perkhidmatan yang lain, Homico menawarkan variasi pilihan servis termasuk:

  • Pembasmian dan pensanitasi kuman (Disinfecting & Sanitizing)
  • Pembersihan lantai
  • Pembersihan upholsteri
  • Cucian penyaman udara

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan servis ini, Homico menawarkan durasi pembersihan 45 minit pada harga bermula RM120 satu sesi. Untuk melakukan tempahan perkhidmatan, anda boleh layari di pautan ini.

Kleen Carpet Cleaning

Berpusat di Selangor dan Kuala Lumpur, Kleen Carpet Cleaning menawarkan servis cucian tilam yang membantu anda menghilangkan kotoran degil, kutu katil atau pepijat, habuk dan juga hama yang boleh menyebabkan pengudaraan bilik menjadi buruk dan tidak selesa.

Terdapat 4 pilihan servis yang ditawarkan untuk cucian tilam. Antaranya:

  • Mattress Cleaning Service Single – RM100
  • Mattress Cleaning Service Queen – RM150
  • Mattress Cleaning Service King – RM160
  • Anti Bed-Bug Treatment – RM80

Untuk melakukan tempahan perkhidmatan, anda boleh layari di pautan ini.