Menjelang Ramadan ini, Signature Market melancarkan set hadiah istimewa iaitu SURI Ramadan Platter. Ia menawarkan set hidangan dan snek yang boleh dikongsikan bersama tersayang sepanjang bulan puasa kelak.

Disusun secara eksklusif dan dipilih oleh selebriti Malaysia, Lisa Surihani, set hadiah ini mengandungi pelbagai jenis snek Signature Market yang lazat dan sihat yang sesuai untuk kudapan bersama tanpa rasa ragu terutama semasa bersahur mahupun sewaktu berbuka puasa.

Bersama-sama dengan pelbagai hidangan snek terkenal jenama itu, pelanggan juga dapat mencuba pilihan kegemaran Suri termasuk Tempeh Bites, Tangy Tomato Chickpea & Lentil Chips, Omega-3 Trail Mix, Mini Sun Dried Apricot dan banyak lagi.

Bagi anda yang berminat, SURI Ramadan Platter disediakan di dalam kotak hijau pekat dengan corak petak ringkas yang dijual pada harga RM109 satu set.

Berikut adalah senarai juadah atau produk yang ditawarkan di dalam Ramadan Platter ini:

  • Omega-3 Trail Mix (50g)
  • Tangy Tomato Chickpea & Lentil Chips (100g)
  • Khalas Dates (80g)
  • Classic Nut Mix (50g)
  • Tempeh Bites-Original (150g)
  • Low Carb Mix (50g)
  • Dark Chocolate Chip Butter Cookies (180g)
  • Dried Mariami Dates Mini Pack (50g)
  • Vegan White Chocolate Almonds Mini Pack (70g)
  • Mini Sun Dried Apricot (200g)

Untuk maklumat lanjut dan  terkini, layari Signature Market di akaun media sosial rasmi mereka Instagram, Facebook, YouTube, atau laman rasmi Signature Market