Sebelum ini, Nescafe telahpun hadir dengan pelbagai inovasi untuk minuman kopi mereka yang menampilkan variasi pilihan rasa termasuk Edisi Lokal Gula Melaka, Edisi Ros Bandung, Edisi Pandan, Edisi Kedah, Edisi Kopitiam dan banyak lagi.

Dengan penawaran yang pelbagai ini, ia bukan sahaja menarik perhatian lebih ramai penggemar kopi, malah turut memberikan pengalaman yang baharu kepada setiap individu.

Oleh sebab itu, Nescafe dijangka akan memperluaskan lagi penawaran mereka dengan memperkenalkan bungkusan eksklusif untuk peminat permainan mudah alih Mobile Legends yang hanya boleh didapati di rangkaian fizikal 7-Eleven Malaysia.

Menerusi perkongsian 7-Eleven, minuman eksklusif ini masih belum ditawarkan lagi kepada umum. Jadi jangan ketinggalan mengikuti berita lanjut mengenai jualan untuk edisi ini di rangkaian 7-Eleven berdekatan anda.