Carian
Skechers X We Bare Bears Memperkenalkan Koleksi Baharu – Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak
March 31, 2022 Lina Rosli

Di atas permintaan untuk koleksi We Bare Bears yang meningkat dalam kalangan penggemar, Skechers memperkenalkan koleksi baju dan kasut baharu untuk anda miliki.

Berdasarkan pengalaman penggunaan pengguna, rata-rata item atau kasut daripada Skechers sememangnya memberikan keselesaan pemakaian yang sempurna selain dihasilkan menggunakan bahan yang cukup berkualiti seperti fabrik yang mudah bernafas serta tapak yang ringan dan lembut.

Menurut Skechers lagi, koleksi kali ini ditawarkan sinonim dengan musim bunga yang bakal tiba yang mana ia menawarkan pilihan warna yang vibrant dan berani. Ia turut memperlihatkan dua pilihan kasut iaitu Spring Summer Collection dan Classic Collection.

Untuk koleksi ini juga, sekitar 30 model kasut telah diperkenalkan iaitu kira-kira 4 hingga 6 pilihan kasut bagi setiap kategori:

  • Street V’Lites Shoes (Wanita) – RM299
  • Bobs Pop Ups 2 Sandals (Wanita) – RM199
  • Gambix 2.0 (Lelaki) – RM199
  • SC Lite (Lelaki) – RM299
  • D’Lites 1.0 (Kanak-Kanak Perempuan) – RM299 hingga RM319
  • Sports Court 92 (Kanak-Kanak Lelaki) – RM259

Bukan itu sahaja, dalam koleksi ini juga, anda boleh mendapatkan variasi rekaan tshirt yang menarik perhatian dan boleh digayakan pada bila-bila waktu. Antara yang ditawarkan dalam Skechers X We Bare Bears termasuklah Unisex Tshirt (RM199), Women Skirts (RM89) dan baju kanak-kanak (RM99).

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kesemua koleksi Skechers X We Bare Bears, anda boleh mula mendapatkannya bermula hari ini di rangkaian fizikal Skechers berdekatan anda atau pesan item kegemaran anda secara atas-talian di laman rasmi Skechers.

Komen