McDonald’s Malaysia mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan lebih banyak pilihan item menu pada nilai hebat kepada pelanggan. Antara yang diumumkan termasuklah menu alternatif untuk kentang goreng (french fries) iaitu Sundae atau Apple Pie.
Menurut McD, kentang goreng kini tidak lagi menjadi sajian wajib untuk hidangan Medium McValue Meal. Jadinya, anda boleh memilih penawaran yang lain bagi menggantikan sajian berkenaan yang bergantung kepada baki bekalan semasa.

Inisiatif ini dijalankan bagi mengatasi isu bekalan kentang goreng yang terjejas akibat impak pandemik Covid-19.
Selain itu juga, pelanggan juga boleh memilih Set Duo iaitu hidangan yang menyajikan dua sajian yang terdiri daripada mana-mana item makanan dan minuman yang ditawarkan pada harga bermula RM7.90.

Bersempena Ramadan ini juga, McD menyediakan menu khas sempena menyambut kedatangannya iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging yang dilengkapi dengan sos bawang putih selain ditawarkan bersama-sama dengan Pai Epal. Anda boleh mendapatkannya pada harga hanya RM13.68 untuk set ala carte.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia bermula hari ini!