Pengumuman berkaitan kemasukan fasa peralihan endemik Covid-19 pastinya telah membuatkan ramai individu mula merancang untuk bercuti dan pulang ke kampung pada bulan Ramadan dan Syawal ini.

Rentetan itu, kebanyakan tiket pengangkutan awam seperti bas dan juga kapal terbang telah banyak terjual. Ini semestinya mencetuskan kebimbangan ramai pihak lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Bagi mengatasi masalah ini, GoCar memperkenalkan alternatif yang dapat membantu orang ramai dengan menawarkan promosi untuk GoCar Round Trips. Anda hanya perlu masukkan kod promo “GETRAYAREADY” dan menikmati penggunaan percuma untuk satu hari sekiranya anda melakukan tempahan kereta untuk 2 hari.

Lebih menarik lagi, GoCar Round Trips hadir dengan perbatuan tanpa had dan terbuka kepada semua pemandu yang mempunyai lesen memandu Malaysia atau antarabangsa yang sah, termasuklah lesen P. 

Selari dengan penawaran ini juga, 50 pelanggan pertama yang membuat tempahan juga akan menerima sekaki payung GoCar yang eksklusif secara percuma.  

Sekiranya anda berminat, tebus promosi ini bermula 1 April hingga 10 Mei 2022 dan lakukan perjalanan ke kampung yang tercinta sebelum 30 Jun 2022. Harus diingatkan bahawa kod promo GETRAYAREADY ini hanya sah digunakan sekali untuk setiap individu.

Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar Garage dan GoCar Malaysia, anda boleh layari laman rasmi GoCar dan sewaktu tempahan, jangan lupa untuk memasukkan kod promosi GETRAYAREADY.