Selepas daripada anda pulang menunaikan solat tarawih, jangan lupa untuk singgah sebentar di cawangan Tealive berdekatan anda bagi mendapatkan satu cawan Tealive pada harga hanya RM5 sahaja.

Menarik bukan? Promosi ini ditawarkan oleh Tealive bersempena bulan Ramadan yang mana tawaran ini hanya sah bermula 3 April sehingga 1 Mei 2022 pada jam 9.30 malam hingga tamat waktu operasi kedai.

Berdasarkan perkongsian Tealive, waktu operasi mereka telah dilanjutkan sehingga pukul sehingga 11.30 malam untuk negeri di Semenanjung Malaysia, sementara 10.30 malam untuk Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 3 cawan Tealive sebelum berupaya menikmati promosi harga yang rendah ini.

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke cawangan Tealive berhampiran anda bermula hari ini!