Sempena Ramadan 2022 ini, jenama makanan segera Burger King telah mula mengemaskini penawaran mereka dan kini mula menawarkan berkas (bundle) eksklusif bersempena bulan puasa yang dijual dalam tiga pilihan set iaitu Set A, Set B dan Set C.

Sah sehingga Mei 2022, anda boleh memilih untuk mendapatkan berkas sama ada:
- Set A – 2 Burger Real Whopper bersama 1 bekas kentang goreng keju, 1 bekas onion rings, 1 ketul ayam goreng dan juga 1 botol air Fanta Fruit Punch 1.75L pada harga RM39.50.
- Set B – 2 Burger Tendercrisp, 1 pai pisang bersama 1 bekas kentang goreng keju, 5 ketul nuget ayam dan juga 1 botol air Fanta Fruit Punch 1.75L pada harga RM37.50.
- Set C – 2 Burger BBQ Beefacon, 1 Burger Tendercrisp bersama 2 bekas kentang goreng keju, 1 pai pisang, 5 ketul nuget ayam dan 1 botol air Fanta Fruit Punch 1.75L pada harga RM43.90.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang melakukan pembelian menerusi pilihan pandu-lalu, anda boleh menebus Milo Ais bersaiz medium percuma sekiranya pesanan anda bernilai sekurang-kurangnya RM20. Namun, penebusan ini terhad untuk pembelian di Semenanjung Malaysia sahaja dan sah sehingga 30 April 2022.