Tahukah Anda Shopee Coins Boleh Dikirim Kepada Pengguna Lain?

April 4, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Shopee Coins atau syiling Shopee ialah mata wang maya yang diperkenalkan oleh Shopee. Ia boleh diperoleh menerusi ulasan yang dihantar kepada penjual setelah selesai menerima pembelian, baucar yang menawarkan pulangan syiling, dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, tahukah anda bahawa Shopee Coins juga sebenarnya boleh dikirim atau mengirimnya kepada pengguna lain?

Bagaimana Cara Untuk Mengirim Shopee Coins Kepada Pengguna Lain?

Bagi setiap individu, anda boleh memindahkan sehingga 20 transaksi Shopee Coins setiap hari. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh menghantar dan menerima sehingga 1,000 syiling setiap hari dan itu termasuk syiling yang mempunyai pengesahan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tamat tempoh.

Sekiranya anda ingin mengirim Shopee Coins kepada pengguna lain, berikut adalah tutorial untuk anda melakukannya:

  1. Log masuk akaun anda dan pastikan anda mempunyai Shopee Coins sekurang-kurangnya 1 coin.
  2. Pilih kenalan atau pengguna yang ingin anda kirimkan.
  3. Tekan butang atau ikon ‘+’ pada bahagian bawah mesej dan klik Coins.
  4. Kemudian, tetapkan jumlah Coins yang ingin dipindahkan dan letakkan mesej yang bersesuaian.
  5. Jika anda pula yang akan menerima Coins, anda perlu tebus pada mesej yang dihantar untuk mula menggunakannya.

Apakah Servis Di Shopee Yang Membenarkan Anda Menggunakan Shopee Coins?

Untuk pengetahuan anda, setiap 100 Shopee Coins adalah bersamaan RM1, yang mana anda boleh menggunakannya untuk mengimbangi jumlah transaksi anda apabila membuat pembelian dalam Aplikasi Shopee.

Anda boleh menggunakan Syiling Shopee untuk:

  • Pesanan di Shopee
  • Pesanan di ShopeeFood
  • Pembayaran kepada peniaga ShopeePay
  • Pembelian Produk Digital seperti ebaucar
  • Pembelian baucar ShopeePay Scan & Pay
  • Pertukaran barangan permainan Hadiah Shopee
  • Penebusan baucar

Semoga tips ini bermanfaat sekaligus membantu anda menjana lebih banyak Coins untuk mendapat penjimatan barangan dengan lebih mudah dan efisien. Muat-turun aplikasi Shopee di iOS atau Android. Selamat mencuba!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd