Nescafe X Badang merupakan produk kolaborasi Nescafe bersama Mobile Legends yang menampilkan minuman kopi segera berperisa original yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelancaran ini memfokuskan kepada rekaan bungkusan yang eksklusif untuk peminat permainan mudah alih Mobile Legends yang hanya boleh didapati di rangkaian fizikal 7-Eleven Malaysia sahaja.

Menerusi perkongsian 7-Eleven, minuman eksklusif ini telahpun ditawarkan kepada umum yang mana anda boleh mula mendapatkannya di rangkaian fizikal 7-Eleven berdekatan anda. Bagi anda yang berminat, Nescafe X Badang dijual pada harga sekitar RM3.50 satu tin.