Pelitup muka kini telah menjadi penting untuk kehidupan seharian hari ini yang mana ia bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Oleh sebab itu, bagi mengukuhkan lagi perlindungan tersebut, pemakaian pelitup muka yang diperakui SIRIM adalah diwajibkan bermula 4 Julai kelak.

Bagaimana Cara Mengetahui Pelitup Muka Anda Telah Diperakui SIRIM?

Bagi setiap pelitup muka yang ditawarkan di pasaran, ia seharusnya telah melepasi ujian dan pemeriksaan yang dilakukan oleh SIRIM QAS International, iaitu anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad.

Hal ini kerana, pelitup muka substandard (bawah dari standard sebenar) semestinya akan membawa risiko penapisan yang lemah, membolehkan penembusan zarah virus sekaligus menyebabkan ia tidak berkesan untuk melindungi diri daripada dijangkiti.

Untuk mengetahui sama ada pelitup muka anda telah mendapatkan pensijilan dari SIRIM atau sebaliknya, anda akan mendapati tanda dagang dan label kod QR MS SIRIM pada sisi kotak.

Dengan tanda dagangan MS dan label keselamatan pada produk, pengguna akan dibimbing untuk mengenal pasti produk yang berkualiti dan berkesan di antara pelbagai pilihan yang ada di pasaran.

Setakat ini, kebanyakan pengeluar pelitup muka di pasaran masih belum memperlihatkan tanda SIRIM pada kotak. Namun, rata-rata telah mendapatkan dan menampilkan kod piawaian antarabangsa yang tersedia pada kotak iaitu EN14683.

Apa Itu EN14683?

Bagi yang tidak mengetahui kod EN14683, ia merupakan piawaian dan kaedah ujian Eropah untuk pelitup muka perubatan. Ia dibahagikan kepada Jenis I, II dan IIR.

  • Jenis I digunakan untuk pesakit bagi mengurangkan risiko penyebaran jangkitan, terutamanya semasa wabak.
  • Jenis II digunakan oleh pekerja penjagaan kesihatan dan barisan hadapan untuk tujuan yang sama apabila terkena darah atau cecair badan tidak berisiko
  • Jenis IIR sesuai untuk digunakan oleh profesional penjagaan kesihatan yang terdedah kepada darah atau cecair badan berisiko

Untuk lebih mudah, apabila anda membeli pelitup muka, berikut adalah maklumat yang perlu anda tahu:

  • EN 14683 Jenis I menawarkan perlindungan sederhana yang mana ia mempunyai peratus BFE (Bacterial Filtration Eficiency) + PFE (Submicron Particle Filtration Eficiency) setinggi 95%.
  • EN 14683 Jenis II dan IIR menawarkan perlindungan tinggi yang mana ia mempunyai peratus BFE + PFE + VFE setinggi 98%.

Senarai Cadangan Pelitup Muka Yang Mempunyai Kod EN14683

Berikut adalah cadangan pelitup muka EN 14683 yang boleh anda dapati di pasaran:

  1. EMPRO AEROFIT R Series 3 Ply Surgical Face Mask – Jenis II
  2. Himaya Premium Hijab Medical Face Mask – Jenis II
  3. dUCK Mask Do It! Disposable Face Mask – Jenis II
  4. Medicos 3 Ply Surgical Face Mask – Jenis II
  5. ICONIC 3 Ply Series Medical Face Mask – Jenis II
  6. Deca Surgical Disposable Face Mask – Jenis II
  7. Au Fairy Face Mask Kids – Jenis II
  8. Neutrovis 4Ply Premium Face Mask – Jenis IIR
  9. Christy Ng The Rimau Face Mask – Jenis IIR
  10. Healthbox Disposable 5 Ply Medical Copper Oxide Face Mask – Jenis IIR

Sumber: Sirim QAS