Kesan buruk akibat pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu telah dilihat telah membuka mata ramai pihak akan keperluan dan kepentingan penambahbaikan penjagaan kesihatan mental di Malaysia.

Hal ini kerana, pada tempoh separuh pertama 2021, kadar bunuh diri di Malaysia meningkat hampir 150% jika dibandingkan dengan tahun sebelumya. Jumlah ini menunjukkan bahawa terdapat ramai individu mengalami kemerosotan kesihatan mental sepanjang pandemik yang mana ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti krisis kewangan, pendapatan terjejas, tekanan pekerjaan, persekitaran dan isu keluarga.

Bagi membendung masalah ini daripada berlanjutan, Skybi yang merupakan platform perkhidmatan mental atas-talian telah melancarkan dua inisiatif iaitu Pemeriksaan Kesihatan Mental Percuma untuk Semua dan Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi.

Pengenalan inisiatif Pemeriksaan Kesihatan Mental Percuma untuk Semua ini bertujuan untuk menjadikan rawatan untuk kesihatan mental lebih mudah untuk diakses sekaligus mencapai lebih ramai golongan yang paling berisiko dan terkesan sama ada dalam golongan B40 atau mereka dengan mempunyai keadaan khusus. 

Melalui program tersebut, Skybi memperuntukkan enam sukarelawan daripada golongan profesional dan pelatih kesihatan mental bagi menyediakan konsultasi kesihatan mental secara percuma untuk mereka di seluruh negara melalui platform mereka.

Manakala Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi, anda boleh menjalani sesi yang ditawarkan pada harga serendah RM10. Di dalam sesi tersebut, Skybi telah bekerjasama dengan Uni Enrol & Edukaji bagi menyediakan para pelajar dengan bengkel-bengkel kemahiran insaniah.

Selain itu, Skybi juga mengadakan webinar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan dengan mendidik mereka mengenai kesihatan mental dan membuang stigma berkaitan meminta bantuan untuk kesihatan mental.

Antara topik yang telah dibincangkan termasuk pencegahan bunuh diri, pengurusan tekanan, serta Bengkel Bantuan Kecemasan Psikologi untuk guru-guru dan penjaga, bagi membantu mereka mengenalpasti individu yang memerlukan sokongan dari segi emosi. 

Secara keseluruhan, Skybi menggunakan khidmat golongan profesional berdaftar yang terdiri daripada 18 pengamal berlesen dan 8 pelatih kaunseling yang berkebolehan menjalankan sesi kaunseling atau psikoterapi dengan mahir, dan menangani pelbagai senario dan keadaan, termasuklah terapi individu, terapi perkahwinan, terapi keluarga, dan kaunseling korporat.

Selari dengan aspirasi mereka untuk mendekati masyarakat juga, Skybi telah bekerjasama dengan Cowork Venture (Dana Teroka Korporat), Big Domain Colla Team (Platform Teknologi Kerja)dan ARC Parenting Group (Platform LearnParenting). Malah, Skybi turut telah menjalin kerjasama dengan UNIIQ Kombucha untuk kempen ‘This is Me’ bagi memperjuang penerimaan dan kesedaran diri. 

Sekiranya anda memerlukan sokongan atau kaunseling, Skybi boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di +6011-1984 4028, atau hantarkan emel ke [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mereka, layari laman rasmi Skybi bermula hari ini.