Bagi meraikan kedatangan Ramadan dan juga Aidilfitri tahun 2022, Costa Coffee dengan kerjasama dengan artis tempatan Sharina Sharin telah hadir dengan cawan dan sampul duit raya eksklusif khas kepada umum.

Koleksi ini menampilkan interpretasi Sharina terhadap seni visual seperti motif batik, seni dan budaya tempatan yang mana sentuhan beliau memaparkan konsep kekeluargaan dan kebersamaan bagi musim perayaan ini.

Jika anda melihat lebih jelas pada corak cawan yang dilancarkan, terdapat ilustrasi anak bulan sebagai simbol Raya yang mana kemunculannya menandakan tarikh bermulanya Ramadan dan juga ketibaan Aidilfitri.

Anda juga akan melihat rekaan Bunga Raya pada sampul dan juga cawan yang mana ia melambangkan perpaduan antara kaum dan etnik di Malaysia. Tidak ketinggalan, Kuih Sempirit turut dilakar khas pada cawan Costa Coffee. Pemilihan kuih ini adalah disebabkan ia merupakan antara pencuci mulut yang kerap dinikmati dan dikongsikan bersama orang tersayang pada musim perayaan.

Selari dengan itu, Costa Coffee juga hadir dengan slogan Craft Memories, Savour Moments. Ia dipilih bagi mengajak semua rakyat Malaysia untuk cipta kenangan baru dan nikmati saat indah bersama orang tersayang di kampung.

Menu Minuman Dan Makanan Baharu Sempena Ramadan

Bermula 7 April, jangan ketinggalan untuk nikmati minuman bermusim Rasa Raya Vanilla Frappe di Costa Smart Cafe dan Bandung Oat Bandung di Costa Coffee Stores di seluruh negara.

Untuk pembelian di Smart Cafe, anda hanya boleh mendapatkan cawan dengan rekaan eksklusif batik sementara Sampul Raya Costa Coffee yang tersedia dalam 3 warna iaitu merah, krim dan hijau boleh ditebus dengan pembelian minuman di kedua-dua Costa Coffee Stores dan Costa Smart Café sementara stok masih ada.

Tidak sekadar itu, anda juga boleh menikmati Chicken Rendang Wrap dan Pandan Crunch Cake sebelum pulang untuk bertemu orang tersayang di kampung halaman. Malah, sekiranya anda pulang menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Langkawi, hidangan Salted Caramel Cappuccino dan Pandan Crunch Cake turut ditawarkan terhad di cawangan tersebut.