Carian
Anda Boleh Tukar Kentang Goreng Kepada Crispers – Untuk Set Kombo Di Texas Chicken
April 6, 2022 Lina Rosli

Baru-baru ini, Texas Chicken telah menambah satu lagi hidangan baharu ke dalam senarai menu mereka. Khusus untuk anda yang memesan set kombo, anda kini boleh mendapatkan Crispers sebagai pengganti kepada kentang lecek dan juga coselaw dengan hanya menambah RM1 sahaja.

Atau sekiranya kombo yang dipesan menyajikan kentang goreng, anda boleh menukarkannya kepada Crispers secara percuma.

Tidak hanya itu, jika anda ingin menambah Crispers sebagai hidangan tambahan, anda boleh mendapatkannya menerusi pembelian ala carte berharga RM4 untuk saiz regular dan RM5 untuk saiz besar.

Harus diingatkan bahawa, hidangan ini tidak tersedia untuk pembelian sewaktu sarapan iaitu pada jam 4 pagi hingga 11 pagi.

Komen