Kurang dari sebulan lagi sebelum kita melangkah ke bulan Syawal, bulan yang meraikan kemenangan umat Islam setelah 30 hari berpuasa. Dengan itu, HABIB tidak ketinggalan dalam membawakan kempen raya yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan dengan membawa tema Rantaian Kasih.

Sepanjang kempen ini, HABIB telah memperkenalkan barisan produk dengan penggunaan warna yang terang selain menggabungkan konsep moden dan kontemporari di dalam setiap rekaan. Antara koleksi yang diperagakan HABIB untuk tahun ini adalah koleksi emas Oro Italian 916 yang membawakan set rantai leher panjang, gelang tangan, cincin dan subang.

Ia turut mempersembahkan koleksi yang bertakhtakan berlian untuk rantai leher panjang bersama-sama dengan kerongsang motif flora yang boleh didapati dalam 3 pilihan warna iaitu emas, emas putih dan emas ros.

Selain itu, anda juga boleh melihat tawaran menarik yang lain termasuk koleksi batu permata pelbagai warna iaitu batu safir, delima, zamrud, amethyst, topaz, citrine dan banyak lagi. Untuk koleksi ini, ia ditawarkan pada cincin, loket, subang dan juga gelang tangan yang boleh digayakan untuk variasi pilihan baju raya.

Rekaan Rumah Tradisional Pada Permukaan Syiling Wafer Emas 999 Dari HABIB

Tidak hanya itu, seperti biasa HABIB cukup aktif dalam memperkenalkan variasi pilihan wafer emas dengan rekaan yang unik. Pada tahun ini, motif yang ditampilkan dan diukir rapi pada wafer emas tersebut adalah rekaan rumah tradisional di Malaysia.

Selari dengan kebebasan yang diberi pada tahun ini yang membenarkan orang ramai untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, HABIB tidak ketinggalan untuk berkongsi detik manis bersama pelanggan mereka dengan memperkenalkan asal usul rumah tradisional di Malaysia terutamanya kepada golongan muda.

Syiling wafer emas 999 ini dipakej sempurna dengan bungkusan yang diilhamkan dengan motif songket. Ianya sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun pengganti duit raya. Boleh didapati secara individu dengan harga RM118 mahupun dalam set berharga RM590 dengan lima rekaan rumah tradisional Malaysia:

  1. Rumah Perabung Lima – Rumah Tradisional Perabung Lima berasal daripada Negeri Kelantan Darul Naim. Ia menampilkan binaan bumbungnya yang unik yang berbentuk piramid dengan lima bucu.
  2. Rumah Kutai – Rekaan ikonik di Negeri Perak, Rumah Kutai dihiasi dengan ukiran halus pada bumbung, pintu dan kawasan lain di dalam rumah.
  3. Rumah Minangkabau – Ia merupakan sebuah lagenda di Negeri Sembilan. Rumah Minangkabau mempunyai bumbung tinggi dan berbentuk melengkung.
  4. Rumah Tradisional Melaka – Untuk Rumah Tradisional Melaka, ia dibina bersama dengan tangga batu selain dihiasi warna-warna terang bermotifkan flora dan fauna.
  5. Rumah Serambi – Rumah Tradisional Melayu berasal dari Kedah dan mempunyai rekaan yang kelihatan seperti ukiran bunga kerawang. 

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru daripada HABIB, jangan ketinggalan untuk kunjungi bilik pamera HABIB bermula hari ini sehingga 15 Mei 2022. Anda juga boleh layari laman rasmi HABIB Jewels untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penawarannya.