Carian
Sudah Cuba Kopi Dengan Halia Dari Wonda? Beli Ginger Milk Coffee Terhad Di Shell Select
April 7, 2022 Lina Rosli

Menjadi antara jenama kopi segera yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, nampaknya Wonda telah memperluaskan lagi penawaran mereka dengan menambah beberapa hidangan minuman baru untuk disajikan kepada umum.

Sekitar bulan terakhir tahun 2021, Wonda telahpun memperkenalkan barisan produk kopi yang dibancuh sendiri yang menampilkan dua variasi kopi iaitu Wonda Gold Class dan juga Wonda Premium Class. Untuk kedua-dua kopi ini, ia menawarkan kepada anda pilihan rasa yang boleh diperibadikan mengikut citarasa.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kopi dengan rasa yang lebih kuat tetapi lembut, makan Wonda Gold Class adalah pilihan yang terbaik. Sementara untuk rasa yang lebih seimbang pula, anda boleh mendapatkan Wonda Premium Class yang ditawarkan pada harga RM19.30 sebotol.

Bukan itu sahaja, anda turut boleh menikmati gabungan kopi bersama halia menerusi produk edisi terhad Wonda Ginger Milk Coffee.

Kopi ini pastinya memberikan rasa yang lebih unik yang mana anda boleh menikmati aroma halia bersama dengan kopi di dalam satu cawan. Bagi yang berminat, minuman Wonda Ginger Milk Coffee ini dijual eksklusif di Shell Select sahaja. Ianya dijual pada harga RM3.20 untuk satu tin.

Komen