Selepas selesai menunaikan solat Tarawih, pasti ramai dalam kalangan individu yang akan mencari hidangan atau snek ringan untuk dinikmati sebelum tiba sahur.

Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan jenama makanan tidak kira kafe atau restoran yang kini mula menampilkan menu promosi baharu yang boleh anda dapatkan sewaktu moreh.

Berikut adalah senarai promosi yang boleh anda tebus sepanjang Ramadan 2022 ini:

The Coffee Bean & Tea Leaf

Khusus untuk buat penggemar kopi, anda boleh menikmati 1 pencuci mulut percuma dengan pembelian 2 minuman handcrafted.

Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pesanan bermula jam 8 malam sehingga tutup waktu operasi harian.

Starbucks Malaysia

Bagi peminat kopi Starbucks pula, kedai kopi ini dilihat menawarkan beberapa promosi menarik yang perlu anda tebus bermula hari ini.

Berikut adalah 3 promosi yang ditawarkan kepada umum:

  • Night Treat RM26 – Dapatkannya dengan pembelian minuman bersaiz Grande terpilih.
  • Shopee RM10 – Beli minuman kegemaran anda pada harga RM10 eksklusif di ShopeeFood.
  • Jom Iftar Promotion – Pembelian kek dengan potongan harga 50% sekiranya anda melakukan pesanan minuman bersaiz Venti.

Tealive Asia

Dapatkan minuman kegemaran anda pada harga RM5 sahaja. Ia tertakluk untuk minuman berharga RM6.90 dengan minimum pembelian 3 cawan.

Promosi ini ditawarkan oleh Tealive bersempena bulan Ramadan yang mana tawaran ini hanya sah bermula 3 April sehingga 1 Mei 2022 pada jam 9.30 malam hingga tamat waktu operasi kedai.

McDonalds Malaysia

Seterusnya McDonald’s Malaysia turut tidak ketinggalan dalam menawarkan promosi sempena Ramadan. Menerusi promosi 30 Hari Meriah, anda boleh menikmati pelbagai hidangan pada harga yang berbaloi.

Jangan ketinggalan untuk memesan 3 menu menarik di McD:

  • 2x Foldover ala carte – RM22
  • Spicy Chicken McDeluxe ala carte – potongan diskaun 50%
  • Oreo McFlurry dan McNuggets – RM6.50

Coffee & Koala

Anda juga boleh mengunjungi Coffee & Koala untuk menikmati set kombo edisi Moreh yang berharga RM12.90 sahaja. Untuk set ini, ia menawarkan minuman bersama dengan firecrack sausage pada waktu yang terhad.

Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus dan nikmati sempena Ramadan ini. Jika anda mengetahui tawaran menarik yang lain, jangan lupa untuk kongsikan kepada Tajria supaya lebih ramai individu boleh mendapatkannya selepas ini. Selamat mencuba!