Menyediakan kuih raya untuk dihadiahkan kepada tetamu merupakan sebuah tradisi yang telah diwarisi sejak turun-temurun.

Bagi penulis sendiri, antara kuih kegemaran yang menjadi satu kewajipan sewaktu Aidilfitri adalah tart. Bercerita mengenai tart, dahulunya penawaran tart hanyalah terhad kepada satu-satu rasa sahaja. Namun kini, ianya telah diperluaskan kepada bermacam-macam jenis perisa yang lain termasuk Tart Cadbury.

Untuk pengetahuan anda, selain Tart Cadbury, anda sebenarnya boleh menyediakan pelbagai jenis kuih raya yang lain menggunakan bar coklat daripada jenama ini. Jadinya, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, jangan lupa untuk sertai program yang dianjurkan Cadbury Dairy Milk bersama Chef Selebriti Anis Nabilah iaitu Kuih Raya Dari Hati.

Melalui inisiatif Kuih Raya Dari Hati juga, anda dapat memperagakan kuih raya hasil air tangan sendiri di dalam balang kuih ketika raya kelak. Ia dikatakan menggunakan resipi Cadbury yang mudah dan lazat yang akan dibimbing oleh Chef Anis secara langsung di sesi strim eksklusif Kuih Raya Dari Hati Cadbury.

Bersama-sama dengan hos Azura Zainal, Chef Anis akan memberikan tips serta petua bagi memudahkan lagi proses membuat kuih raya yang enak ini. Terdapat 3 sesi untuk 3 resipi berbeza setiap hari.

Berikut adalah jadual sesi strim Kuih Raya Dari Hati:

Hari #1 Biskut Keju Cadbury (Khamis, 14 April 2022)

Masa sesi strim ini adalah bermula jam 4:00 petang yang akan dilakukan menerusi platform atas talian zoom menerusi pautan yang diberikan.

Hari #2 Kek Batik Oreo Cadbury (Selasa, 19 April 2022)

Masa sesi strim ini adalah bermula jam 4:00 petang yang akan dilakukan menerusi platform atas talian zoom menerusi pautan yang diberikan.

Hari #3 Kek Keju Hangus Mini Basque Coklat Cadbury (Khamis, 21 April 2022)

Masa sesi strim ini adalah bermula jam 4:00 petang yang akan dilakukan menerusi platform atas talian zoom menerusi pautan yang diberikan.

Sesi strim langsung ini adalah percuma, dan hanya memerlukan beberapa langkah mudah untuk mendaftar sebagai penonton:

  1. Imbas kod QR untuk melayari laman rasmi mikro Raya 2022 Cadbury. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui pautan: www.resipiraya.cadburyoreo.com.my  
  2. Isikan butiran dengan tepat pada borang pendaftaran strim langsung.
  3. Hadir pada sesi strim langsung eksklusif bersama-sama Chef Anis Nabilah serta hos Azura Zainal, dan bersedia untuk membuat kuih raya enak dengan Cadbury.

Marilah membuat kuih raya dari hati pada Ramadan ini dan pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan produk Cadbury Dairy Milk yang boleh didapati di semua pasaraya besar dan kedai runcit berdekatan anda bermula hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, anda boleh kunjungi laman Facebook Cadbury Malaysia.