Menurut perkongsian akaun Facebook Five Guys, restoran makanan segera ini dilihat mula memperluaskan penawaran mereka dengan membuka satu lagi cawangan baharu di Pavilion Kuala Lumpur hari ini (2 April 2022).

Bagi anda yang tidak begitu mengenali Five Guys lagi, ia adalah rangkaian makanan segera daripada Washington yang telah diperkenalkan sejak tahun 1986. Ia menawarkan pilihan burger yang disediakan mengikut pesanan bersama-sama dengan kentang goreng dan juga roti dengan sosej.

Di Malaysia, cawangan pertama Five Guys telahpun dibuka di Genting Highlands pada tahun 2021 yang lepas. Jadi dengan adanya pembukaan kedai yang kedua ini, maka akses untuk mendapatkan hidangan daripada restoran ini menjadi lebih mudah.

Sekiranya anda adalah 10 pelanggan pertama yang berkunjung ke Five Guys Pavillion KL hari ini, anda mungkin berpeluang mendapatkan World Tour Tee edisi terhad.