Bersempena Ramadan ini, nampaknya anda boleh menikmati menu bufet istimewa di IKEA bermula hari ini iaitu 11 hingga 28 April 2022 untuk cawangan Cheras, Damansara dan Batu Kawan. Manakala di Tebrau pula boleh dinikmati bermula 11 hingga 28 April 2022.

Menurut perkongsian di laman rasmi IKEA, tawaran harga untuk pelanggan yang berminat adalah cukup berbaloi iaitu:

  • Dewasa – RM29.90 (Cheras, Damansara & Batu Kawan) // RM19.90 (Tebrau)
  • Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun – RM14.90 (Cheras, Damansara & Batu Kawan) // RM10.90 (Tebrau)
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun – Percuma

Menarik bukan? Untuk mula menikmati bufet Ramadan ini, anda boleh mendapatkan dan menempah tiket di kaunter IKEA Restaurant atau Swedish Food Market yang terdapat di setiap rangkaian.

Harus diingatkan bahawa barisan untuk memasuki ke dalam restoran akan ditutup 15 minit sebelum waktu berbuka puasa yang mana ia memerlukan anda untuk tiba lebih awal bagi memudahkan penyediaan hidangan di setiap meja.

Bagi anda yang ingin mengetahui juadah menarik yang disediakan sepanjang Bufet Ramadan IKEA, berikut adalah beberapa tawaran hidangan yang boleh anda nikmati yang mana ia akan ditawarkan berbeza-beza mengikut hari.

  • Nasi Kerabu, Nasi Briyani, Nasi Tomato, Nasi Lemak Pandan, Nasi Minyak
  • Rendang Ayam, Ayam Masak Gulai, Ayam Kurma, Kari Ayam, Ayam Percik, Asam Pedas,
  • Cendol
  • Kuih muih tradisional,
  • Pastri dan bebola daging IKEA (tanpa had)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi IKEA bermula hari ini.