Dengan kehadiran pelbagai teknologi baharu di dalam pasaran, pastinya ia sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara kita berhubung dan melakukan sesuatu tugasan yang kini hanya boleh diakses dari hujung jari sahaja.

Perkara ini dapat anda lihat pada penawaran baharu di telefon pintar Samsung iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra. Bukan sahaja ia tidak mengambil masa lama untuk anda mencari dan mengetahui akan sesuatu maklumat hanya melalui peranti pintar, malah ia turut menawarkan kepada anda kemudahan suntingan dan perkongsian fail dengan menggunakan S-Pen yang terbaru.

Bercerita mengenai Samsung Galaxy S22 Ultra lagi, Tajria kali ini turut berpeluang untuk mencuba dan menerokai lebih meluas akan spesifikasi dan ciri yang ditawarkan oleh peranti pintar serba premium ini. Jadi, untuk mengetahui pengalaman Tajria sepanjang tempoh penggunaan, kami ingin berkongsi 5 perkara yang menarik perhatian kami sepanjang menggunakan Samsung Galaxy S22 Ultra.

Persepsi Awal Untuk Rekaan Peranti

Seperti yang telah diumumkan oleh Samsung, sewaktu awal Tajria membuka kotak Samsung Galaxy S22 Ultra, mereka tidak lagi menyertakan kepala pengecas di dalam kotakIa hanya menampilkan wayar pengecas bersama-sama dengan manual penggunaan pengguna sahaja.

Pertama kali Tajria memegang Samsung Galaxy S22 Ultra, ia semestinya memberikan pengalaman yang baru terutamanya dari segi paparan imej yang kelihatan sangat jelas sepanjang penggunaan sama ada di dalam atau luar bangunan. Ditambah lagi dengan kehadiran sistem Vision Booster, nampaknya anda tidak perlu risau untuk menggunakan peranti ketika berada di bawah cahaya matahari yang terik.

Jika dilihat dari segi rekaan Samsung Galaxy S22 Ultra, ia dilihat menawarkan binaan skrin melengkung pada bahagian sisi. Manakala pada bahagian atas dan bawah peranti pula dilihat mempunyai bucu yang sedikit petak yang menjadikannya berbeza dengan peranti Samsung yang lain.

Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy S22 Ultra hadir dengan saiz sebesar 6.8-inci. Oleh itu, sekiranya diletakkan di atas tangan, keselesaan memegang boleh dikatakan agak rendah lebih-lebih lagi penulis mempunyai tangan yang kecil yang mana bimbang sekiranya tidak dipegang dengan kemas dan rapi, berkemungkinan besar telefon pintar tersebut boleh tergelincir dari tangan.

Nampaknya, tidak sekadar menawarkan rekaan peranti yang premium, kamera yang dipadankan juga boleh dikatakan cukup berkualiti. Di tambah lagi dengan ciri suntingan yang menarik, Samsung juga turut hadir dengan mod yang paling ditunggu-tunggu oleh para penggemar Samsung iaitu mod Portrait untuk rakaman video.

Melaluinya, anda tidak perlu risau sekiranya latar video yang diambil tidak menarik atau mengganggu estetik video kerana dengan kehadiran ciri bokeh yang boleh disuaikan mengikut keperluan rakaman. Dengan ini, anda juga kini boleh merakam video seakan menggunakan kamera profesional.

Tambahan untuk Galaxy S22 Ultra, ia menampilkan lensa Super Clear Glass yang membantu anda mengambil video waktu malam yang lebih lancar selain menyediakan juga akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW untuk suntingan gambar yang memberikan pengalaman seperti DSLR dan membolehkan anda menikmati kawalan yang lebih kreatif.

Jadi, adakah Samsung Galaxy S22 Ultra benar-benar membuatkan anda tertarik?

Jawapannya adalah ya, ia adalah sebuah peranti yang bergaya dari sudut spesifikasi dan rekaan.

Secara amnya juga, setiap ciri dan fungsi yang ditampilkan Samsung Galaxy S22 Ultra juga adalah memuaskan. Tidak kira melibatkan rakaman gambar, pengalaman menatal skrin sewaktu menggunakan media sosial mahupun fleksibiliti yang ditampilkan pada reka bentuk peranti.

Tambahan, pembaharuan yang dilakukan pada panel luar peranti adalah cukup memuaskan menerusi skrin yang kini 4 kali ganda lebih besar. Melaluinya, anda boleh terus mengakses terus mesej pada notifikasi, pameran animasi dan gambar skrin yang lebih menarik selain menawarkan rakaman video dan gambar yang lebih berkualiti menggunakan kamera utama.