Sepanjang bulan Ramadan ini, pastinya pelbagai juadah telah anda rancang untuk sediakan kepada keluarga. Tidak kira untuk dihidangkan pada waktu sahur atau berbuka puasa, antara kriteria utama untuk juadah tersebut haruslah berkhasiat selain dapat membekalkan tenaga kepada individu.

Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan masyarakat lebih memilih untuk menghidangkan minuman MILO setiap hari. Hal ini kerana, minuman tersebut dikatakan dapat membantu menyempurnakan aktiviti harian sama ada sewaktu bekerja ataupun ketika berada di rumah.

Akan tetapi jika dihidangkan menu yang sama setiap hari, pastinya anda akan berasa bosan dan tidak bersemangat untuk menikmatinya. Jadinya, jenama minuman malt coklat ikonik ini telah melangkah lebih jauh dengan menunjukkan pelbagai cara untuk anda hidangkan minuman MILO yang lazat serta penuh kebaikan.

Resipi #1 – MILO Cendol

Berikut adalah cara penyediaan yang boleh anda praktikkan:

Bahan-bahan:

  • 33g serbuk MILO
  • 120ml air kelapa (sejuk)
  • 30ml santan rendah lemak
  • 1 sudu besar cendol
  • kacang merah (ikut citarasa anda)

Tuangkan semua MILO, air kelapa dan santan dalam mesin untuk dikisar sehingga tekstur menjadi pekat. Kemudian, sediakan cawan dan tuangkan bahan yang dikisar dan letakkan cendol bersama kacang merah. Nikmatinya bersama ais untuk rasa yang lebih segar.

Resipi #2 – MILO Bersama Kurma

Berikut adalah cara penyediaan yang boleh anda praktikkan:

Bahan-bahan:

  • 33g serbuk MILO
  • 150ml susu rendah lemak
  • 2-3 biji kurma yang telah dibasuh

Pertama, masukkan kesemua bahan di atas dalam periuk dan biarkan mendidih. Pastikan anda belah dan buang biji di dalam kurma sebelum dicampurkan ke dalam bancuhan MILO.

Setelah air mendidih, tuangkan minuman bersama ekstrak kurma ke dalam cawan dan letakkan serbuk MILO tambahan sebagai hiasan.

Resipi #3 – MILO Bersama Pisang Dan Kurma

Berikut adalah cara penyediaan yang boleh anda praktikkan:

Bahan-bahan:

  • 33g serbuk MILO
  • 150ml susu soya tanpa gula
  • 1-2 biji pisang
  • 1-2 biji kurma
  • Kiub ais

Untuk menikmati rasa pisang yang lebih kuat, kisar pisang dan kurma bersama susu soya. Kemudian, tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam minuman MILO yang dibancur pekat tanpa air yang banyak.

Manakala hiasan atas minuman, anda boleh letak pisang dan kurma yang dihiris halus atau mengikut saiz yang digemari. Anda juga boleh menambah ais untuk rasa yang lebih segar ketika waktu berbuka puasa.

Resipi #4 – MILO Bersama Kelapa

Berikut adalah cara penyediaan yang boleh anda praktikkan:

Bahan-bahan:

  • 33g serbuk MILO
  • Air panas
  • 1-2 sudu ektrak minyak kelapa

Untuk menyediakan hidangan ini, bancuh air MILO mengikut sukatan yang biasa anda lakukan. Tambah ekstrak minyak kelapa untuk rasa yang lebih klasik. Sekiranya anda mempunyai serat kelapa parut, anda juga boleh letakkannya sebagai hiasan.

Menarik bukan? Untuk keempat-empat resipi ini, anda boleh menikmatinya begitu sahaja sewaktu sahur dan bermuka. Diharap resipi MILO ini juga dapat memberikan inspirasi kepada pengguna untuk menghasilkan hidangan ciptaan mereka yang tersendiri.