Potboy merupakan kedai serbaneka yang berpangkalan di Lembah Klang. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk dan keperluan rumah yang boleh anda dapatkan pada harga yang berbaloi.

Diperkenalkan pada tahun 2016, Potboy kini sudah mempunyai sekitar 70 cawangan yang boleh diakses oleh semua pengguna. Ia juga hadir dengan perkhidmatan penghantaran barang runcit menerusi Potboy Groceries yang mana anda boleh memilih penghantaran terus ke rumah anda.

Bukan itu sahaja, pada setiap hari kesebelas setiap bulan (11 April, 11 Mei, 11 Jun dan lain-lain), anda berpeluang untuk menambah stok aiskrim dan mengisi peti sejuk anda dengan variasi pilihan aiskrim dengan lebih senang hati.

Hal ini kerana, Potboy Mart menawarkan diskaun 50% untuk setiap jenis dan jenama aiskrim yang boleh ditebus sepanjang hari.

Untuk mendapatkannya, anda boleh mengunjungi Potboy Mart berdekatan anda bermula hari ini. Layari laman rasmi Potboy Mart untuk mengetahui lokasi rangkaian fizikal mereka yang tersedia.

Selain aiskrim, jangan lupa dapatkan Potboy Unlimited Cup dengan hanya RM1 di mana anda boleh mengisi semula Nescafe tanpa had untuk hari itu di mana-mana PotboyMart.