ShopeeFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan Shopee yang setakat ini ditawarkan di kawasan Lembah Klang dan Johor Bharu terlebih dahulu.
Bagi yang ingin melakukan pesanan makanan dan minuman menerusi ShopeeFood, anda hanya perlu pergi ke aplikasi mudah-alih mereka dan pilihan ShopeeFood pada bahagian menu di halaman utama mereka.

Terdapat pelbagai hidangan dan rangkaian kedai yang ditawarkan di dalam ShopeeFood ini. Ia termasuk burger, ayam, air teh mutiara, air kopi, makanan panas dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, terdapat 11 barangan yang tidak dibenarkan dijual di ShopeeFood termasuk makanan dan minuman yang luar biasa ataupun tidak boleh dimakan oleh orang ramai berdasarkan pertimbangan dan polisi Shopee.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan dan minuman yang terlarang ditawarkan di Shopee, berikut adalah senarai yang telah dinyatakan di Shopee:
- Makanan atau minuman yang mengandungi bahan yang diperbuat daripada haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan lain-lain.
- Makanan atau minuman beracun.
- Makanan atau minuman yang mengandungi sebarang bentuk ubat.
- Makanan atau minuman yang mengandungi sebarang tuntutan perubatan.
- Makanan atau minuman dengan nama yang mengandungi kandungan yang tidak sesuai
- Minuman beralkohol, melainkan telah mendapat kelulusan bertulis Shopee.
- Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi
- Cendawan liar
Bukan itu sahaja, anda juga tidak boleh mendapatkan makanan atau minuman yang mengandungi bahan seperti berikut:
- menyalahi undang-undang atau dihadkan jualannya di Malaysia.
- membahayakan kesihatan manusia.
- makanan yang menimbulkan potensi risiko kesihatan atau keselamatan kepada pengguna.

Selain itu juga, pastikan makanan yang ditawarkan oleh penjual di ShopeeFood berada di dalam keadaan lengkap. Hal ini kerana sekiranya makanan tersebut masih mentah seperti beras yang belum lagi ditanak dan tidak disediakan dalam keadaan sempurna, maka ia adalah menjadi satu kesalahan untuk menjualnya pada bahagian ShopeeFood.