Carian
SKECHERS Lancar Koleksi Kitar Semula Dari Sumber Lestari – Diperakui Piawaian Global
April 12, 2022 Lina Rosli

Jenama sukan dan gaya hidup terkemuka, SKECHERS Malaysia telah melancarkan koleksi pakaian yang memfokuskan kelestarian iaitu Sustainably Sourced Recycle Apparel dan Airy Stamina.

Menerusi pengenalan koleksi ini, anda boleh mendapatkan beberapa variasi pakaian termasuk tshirt, pullover, seluar pendek, skirt panjang, pakaian Muslimah dan juga dua variasi kasut yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.

Untuk pengetahuan anda, penawaran produk lestari ini dapat diperoleh hasil daripada kerjasama SKECHERS bersama rakan teknologi mereka iaitu The Comfort Technology Company yang mana mereka berhasrat untuk menawarkan kepada pengguna pilihan pakaian yang bertanggungjawab kepada alam sekitar.

Menurut The Comfort Technology Company, koleksi pakaian ini adalah yang pertama kali dilancarkan kerana jika dibandingkan dengan penawaran lain, SKECHERS menampilkan koleksi yang menggunakan bahan kitar semula dari sumber lestari dan diperbuat daripada 100% poliester kitar semula.

Bukan itu sahaja, pengenalan koleksi ini turut telah mendapat kelulusan dan menepati panduan Kesatuan Kawalan dan Piawaian Kitar Semula Global yang memperakui bahan yang digunakan di dalam Sustainably Sourced Recycle Apparel dan Airy Stamina diperoleh secara mampan daripada poliester kitar semula.

Dengan pilihan menyeluruh lebih daripada 53 item untuk lelaki dan wanita, koleksi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SKECHERS untuk meningkatkan impak globalnya melalui komitmen mereka ke atas perancangan pengurangan sisa dan kesan alam sekitar untuk setiap penghasilan pakaian.

Bagi koleksi kitar semula ini juga, SKECHERS telah hadir dengan rekaan tag yang memaparkan slogan “Recycle, Reduce, Reuse” dan “Earth to Comfort” untuk setiap pakaian yang mana mereka menggunakan palet warna tanah dan neutral yang berbeza seperti warna umber, hijau hutan, kuning iris, lilac, coral pink and biru pucat. 

Komen