Carian
Tahukah Anda, Berapa Jauh PLUSRonda Akan Lakukan Rondaan?
December 14, 2022 Lina Rosli

Tahukah anda, secara purata jarak rondaan pasukan ronda PLUS atau PLUSRonda adalah sekitar 150km hingga 180km untuk setiap syif?

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang jarak rondaan, serba sedikit tentang PLUSRonda adalah pasukan yang ditugaskan untuk melakukan rondaan dan mengawal selia lebuh raya PLUS. Selain itu, tugas utama PLUSRonda adalah untuk memberikan bantuan kepada pelanggan dan pemandu jalan raya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja ia diperlukan.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PLUSRonda termasuk:

  • pembaikan kecil pada kenderaan yang mengalami kerosakan mekanikal
  • perkhidmatan tunda ke plaza tol terdekat atau Kawasan Rehat dan Servis (untuk kenderaan Kelas 1 sahaja)
  • pengurusan trafik dan penyelarasan perkhidmatan kecemasan

Mengapa PLUSRonda Melakukan Rondaan Sekitar 150km Hingga 180km?

Secara umumnya, jarak rondaan sehingga 180km ini mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam untuk selesai meronda. Durasi ini adalah memadai untuk pasukan ronda mengetahui keadaan dan persekitaran lebuh raya untuk tempoh masa berkenaan. Di samping itu, dengan jarak yang lebih jauh, pastinya kawasan yang dilalui akan lebih menyeluruh.

Untuk mendapatkan bantuan PLUSRonda, pengguna boleh menghubungi PLUSLine bebas tol di talian 1800 88 0000 atau anda juga boleh menggunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2km di sepanjang lebuh raya PLUS.

Komen