Min Ahmad Diterbitkan 14 April 2022

Produk Solekan Yang Berbaloi Dibeli Untuk Aidilfitri Ini

Pasti ramai yang menanti-nanti Aidilfitri 2022 kali ini setelah 2 tahun sebelum ini beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi kaum wanita pula khasnya, Aidilfitri bukan sahaja masa yang sesuai untuk menggayakan baju raya dengan fesyen pelbagai, malah untuk tampil jelita dengan bakat solekan terpendam. Bagi anda yang ingin beraya sejajar dengan trend solekan semasa, berikut adalah produk-produk solekan yang boleh anda pertimbangkan agar dapat tampil jelita di hari raya.

Pemerah Pipi Krim dan Cecair

Pemerah pipi dalam bentuk krim dan cecair adalah hot items dalam trend solekan terkini. Sesuai dengan hidup di zaman pandemik kini, sapuan cream dan liquid blush membolehkan pemerah pipi anda bertahan lebih lama walaupun anda menggunakan pelitup muka. Penggunaannya juga semudah sapuan di bahagian atas tulang pipi dengan menggunakan berus, jari atau span basah. Kemudian set solekan anda dengan pemerah pipi dan bedak tabur. Anda juga boleh mempelbagaikan penggunaan produk ini di bibir untuk just bitten look dan di kelopak mata bagi menggantikan pembayang mata untuk solekan warna senada yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit sahaja.

Pensel Mata

Ingin tampil menawan di hari raya tanpa solekan mata yang rumit? Hanya dengan menggunakan pensel mata, anda dapat menggayakan solekan smoky eyeliner look. Buat garisan atas alis mata dengan pensel mata. Leretkan ke bahagian hujung mata dan gunakan berus untuk mengaburkan garisan tersebut. Anda juga boleh menggunakan pembayang mata yang berwarna senada untuk memberikan kesan lebih smoky. Lengkapkan penampilan dengan maskara yang tebal untuk alis mata. Hasilnya, mata anda tampil dramatik.

Setting Spray

Rahsia untuk solekan bertahan lama ialah setting spray. Tambahan lagi jika anda beraya di bawah terik mentari dengan penggunaan pelitup muka yang menyebabkan bahagian muka yang tertutup berkuap lantas mengakibatkan solekan anda kelihatan bercapuk. Penggunaan setting spray bukan sahaja terhad untuk wajah selepas bersolek, anda juga boleh menggunakan setting spray untuk tetapkan foundation anda agar ia transfer proof dan tidak melekat pada pelitup muka.

@izwanhs

Setting Spray Drugstore You Should Try! ✅ Murah dan memang function. Yang penting korang kena tahu cara guna. Siapa nak wan ajar cara guna setting spray yg lebih berkesan? #drugstore #settingspray #watsons #guardian #makeup #makeupcollection #makeuptips #makeuphacks #beauty #beautytips #beautyhacks #fyp #foryou #fypmalaysia #malaysia #catrice #in2it #rimmel #silkygirl #WanApproved

♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – 𝕽𝖎𝖆𝖓..𝓐

Blotting Powder

Blotting powder ialah bedak kompak yang bersifat mattifying yang mampu menyerap lebihan minyak yang lantas mengurangkan penampilan kilatan pada solekan. Selain digunakan untuk mengemaskan solekan, ia juga mampu mengurangkan penampilan liang roma. Ini membuatkan solekan anda kelihatan rapi dan mampu bertahan lama.

@marjmaroket

I can never leave the house without this

♬ original sound – marj – marj