Satu-satunya burger tanpa roti dari KFC iaitu Double Down Duo kini kembali ditawarkan di semua rangkaian KFC berdekatan anda. Ia menampilkan dua pilihan burger iaitu Cheezilla Double Down dan juga Zinger Double Down.

Kedua-dua menu ini menampilkan dua kepingan ayam yang diperbuat daripada 100%
daging ayam asli dan kemudiannya dilengkapkan dengan kepingan keju, mayonis dan curahan sos keju.
Untuk KFC Cheezilla Double Down, menu ini menghidangkan kepada anda patti keju
mozarella yang digoreng sehingga perang keemasan yang membawakan hasil gigitan yang lembut tetapi kenyal khusus untuk semua penggemar keju di Malaysia.
Sementara Zinger Double Down pula menawarkan kepingan ayam asli sebagai ban selain turut membawakan hirisan ayam rangup pada bahagian tengah burger yang menjadikan setiap gigitan adalah sangat menyelerakan.

Untuk mendapatkannya, terdapat 4 pilihan hidangan ditawarkan iaitu:
- Cheezilla Double Down Combo – RM 21.49
- Zinger Double Down Combo – RM 17.49
- Cheezilla Double Down – RM 18.99
- Zinger Double Down – RM 14.99
Jangan lepaskan peluang keemasan anda dan mula pesan set Double Down KFC ini di aplikasi KFC Delivery, ShopeeFood, GrabFood dan FoodPanda bermula hari ini!
Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store // Muat turun aplikasi KFC Delivery di App Store