Starbucks Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka telah mula memanjangkan waktu operasi mereka kepada perkhidmatan 24 jam di 33 rangkaian terpilih di seluruh negara.

Dengan pengumuman ini, nampaknya anda boleh melakukan pesanan untuk hidangan yang anda ingini tanpa kira waktu.

Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya cawangan Starbucks dibuka antara jam 8 pagi hingga 10 pagi, Isnin hingga Jumaat, dan ditutup antara 8 malam hingga 10 malam.

Malah, terdapat juga sesetengah cawangan mengekalkan waktu buka yang sama pada hujung minggu, manakala yang lain dibuka sedikit lambat dan ditutup lebih awal.

Ini Senarai Starbucks Yang Beroperasi 24 Jam

Berikut adalah senarai rangkaian yang buka 24 jam pada hari Isnin hingga Ahad:

  1. Starbucks Ampang DT
  2. Starbucks Eco Grandeur DT
  3. Starbucks Genting1
  4. Starbucks Genting 3
  5. Starbucks KLIA 2 Airside
  6. Starbucks KLIA 2 Gateway
  7. Starbucks KLIA Contact Pier
  8. Starbuck Petronas Federal Highway DT
  9. Starbucks Petronas Lingkaran Karak DT
  10. Starbucks Petronas PLUS DT
  11. Starbucks Petronas Rawang R&R DT
  12. Starbucks Prima 5 DT

Berikut adalah senarai rangkaian yang buka 24 jam pada hari Jumaat, Sabtu, Cuti Perayaan dan Cuti Umum:

  1. Starbucks Alor Setar DT
  2. Starbucks Amanjaya DT
  3. Starbucks Avenue K
  4. Starbucks Bandar Seri Alam DT
  5. Starbucks Bangi Avenue DT
  6. Starbucks Batu Ferringhi
  7. Starbucks Conezion Putrajaya DT
  8. Starbucks Equine Park DT
  9. Starbucks Genting Permai DT
  10. Starbucks Jade Hill DT
  11. Starbucks Jalan Lintas DT
  12. Starbucks Juru R&R DT
  13. Starbucks Kangar Jaya DT
  14. Starbucks Kota Kemuning DT
  15. Starbucks Kota Laksamana DT
  16. Starbucks Marina Park City DT
  17. Starbucks Petron Cheras DT
  18. Starbucks Port Dickson DT
  19. Starbucks Reserve Eco Majestic DT
  20. Starbucks Reserve Setia Alam DT
  21. Starbucks Rimbayu DT
  22. Starbucks Seremban 2 DT
  23. Starbucks Setia Tropika DT
  24. Starbucks Sg Besi-Puchong DT
  25. Starbucks Shaftsbury Avenue DT
  26. Starbucks Sri Pinang DT
  27. Starbucks Sunway Tambun DT
  28. Starbucks Tanjung Tokong DT
  29. Starbucks TPM DT
  30. Starbucks Ukay Perdana DT
  31. Starbucks Ulu Bernam DT

Bukan itu sahaja, untuk sepanjang bulan Ramadan ini, Starbucks turut membawakan kepada pelanggan mereka beberapa promosi menarik yang perlu anda tebus bermula hari ini.

Berikut adalah 3 promosi yang ditawarkan kepada umum:

  • Night Treat RM26 – Dapatkannya dengan pembelian minuman bersaiz Grande terpilih.
  • Shopee RM10 – Beli minuman kegemaran anda pada harga RM10 eksklusif di ShopeeFood.
  • Jom Iftar Promotion – Pembelian kek dengan potongan harga 50% sekiranya anda melakukan pesanan minuman bersaiz Venti.