Jenama susu kegemaran Malaysia, Goodday, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs.
Selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan peratusan vaksinasi kanak-kanak, Goodday’s Happee PPVs telah tampil dengan hiasan stesen vaksin berwarna-warni selain turut dihiasi karya-karya menarik yang direka oleh kanak-kanak sebaya mereka.

Sama seperti ruang foto dewasa, Goodday’s Happee PPVs turut menyediakan ruang penggambaran setelah mereka berjaya menerima suntikan. Bukan itu sahaja, Goodday turut mengedarkan susu kotak yang enak dan berkhasiat kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka selesai menerima vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi yang terlibat, iaitu:
- PPV di WTC KL
- PPV di Axiata Bukit Jalil
- PPV di MMU
- PPV di Emporis Kota Damansara
Demi memperkasakan lagi kempen ini, Susu Goodday akan memberikan baucar produk untuk 2 karton Susu Goodday di Shopee Mart kepada 40 pemenang bertuah. Mereka hanya perlu memuat naik gambar mereka selepas vaksinasi dan menghiasi gambar mereka dengan pelekat vaksinasi atau GIF secara kreatif.

Kemudian, kongsikan gambar tersebut di ruang komen Facebook Goodday’s Happee PPVs dengan menggunakan hashtag #GooddayMilkMalaysia dan #GooddayHappeePPVs. 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk mendapat baucar Shopee Mart. Peraduan ini akan dijalankan sehingga Rabu, 20 April 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif dan aktiviti Susu Goodday yang akan datang, anda boleh layari laman Facebook Goodday Milk Malaysia bermula hari ini.