Carian
Ribena Simply Strawberry, Hilangkan Dahaga Anda Sepanjang Tempoh Berpuasa
April 14, 2022 Lina Rosli

Ribena kini memperkenalkan variasi minuman baharu yang menggunakan buah strawberi istimewa dari Eropah iaitu Ribena Simply Strawberry.

Sesuai dihidangkan sewaktu hari panas terik ataupun disajikan pada waktu berbuka puasa, Ribena Simply Strawberry adalah pilihan terbaik untuk menghilangkan rasa dahaga. Ia bukan sahaja mengandungi vitamin C yang baik untuk tumbesaran, malah ia turut tidak menggunakan pemanis tiruan sekaligus menjadikan minuman ini baik untuk kesihatan tubuh.

Menurut Suntory, iaitu syarikat pengeluar minuman Ribena, rangkaian baharu ini merupakan usaha pertama Ribena untuk menerokai perisa baharu selain daripada rasa blackcurrant yang telah sinonim dengan rakyat Malaysia. Dengan pengenalan ini, ia tidak hanya berupaya meluaskan lagi sasaran pasaran tetapi juga memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar.

Untuk rangkaian ini, anda boleh mendapatkan beberapa pilihan penawaran pembungkusan iaitu:

  • Kordial Ribena 1 Liter – RM13.99
  • Ribena sedia minum (RTD) 450ml – RM3.40
  • Ribena sedia minum (RTD) 330ml – RM2.90
  • Ribena sedia minum (RTD) 250ml – RM1.60

Bagi yang berminat, jangan ketinggalan untuk mendapatkan Ribena Simply Strawberry baharu yang menyegarkan ini di semua pasar raya AEON dan Lotus’s di seluruh Malaysia, serta di 99 Speedmart dan Shopee Malaysia.

Komen