Jika anda seorang penggemar kopi dan ingin mencuba untuk membuat kopi yang berbeza untuk Ramadan 2022 ini, mungkin anda akan meminati kopi istimewa yang Tajria kongsikan kepada anda.

Tanpa menggunakan bahan yang rumit, berikut adalah lima jenis kopi yang boleh anda cuba di rumah bagi menggantikan kopi yang sering anda minum di kafe atau mana-mana kedai kopi sebelum ini.

Kopi Jahe

Bagi yang tidak mengetahui, Kopi Jahe adalah panggilan untuk Kopi dengan Halia. Ia merupakan salah satu pilihan kopi yang paling sinonim dan mudah didapati di Indonesia, dan merupakan minuman kebiasaan di Pulau Jawa.

Untuk menyediakannya, anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

  • 1 pek kecil Nescafe Classic (2g)
  • 2 sudu besar Susu Pekat Manis Carnation
  • 1 cawan air Halia (100g halia dicampur bersama 500ml air panas)

Kopi Tarik

Sebut sahaja nama kopi tarik, pastinya anda akan teringat hidangan kopi yang selalu dipesan apabila berkumpul di kedai mamak.

Secara umumnya, Kopi Tarik ialah kopi Arabika yang dibancuh dan dicampur dengan gula. Dalam proses membancuh kopi ini, ia akan dituangkan berulang kali dari satu bekas ke bekas yang lain untuk mendapatkan buih yang foamy selain memberikan ketebalan tekstur air yang kaya dengan rasa.

Untuk menyediakannya, anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

  • 2 pek kecil Nescafe Classic (2g)
  • 2 sudu besar Susu Pekat Manis Carnation
  • 2 sudu besar Susu Krimer Carnation
  • 150ml air panas

Kopi Malaka Ais

Selepas seharian bekerja, semestinya segelas Kopi Malaka Ais dapat melegakan dahaga anda. Untuk pengetahuan anda, berbeza dengan kopi ais yang lain, pelengkap rasa untuk minuman ini adalah penawaran air gula aren yang membangkitkan rasa manis dan lemak yang sempurna.

Untuk menyediakannya, anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

  • 2 pek kecil Nescafe Classic (2g)
  • 2 sudu besar Susu Pekat Manis Carnation
  • 80g krimer Coffee Mate
  • 100ml air panas
  • Ais batu

Kopi Cincau Ais

Sekiranya anda ingin minuman yang lebih berani, Kopi Cincau Ais adalah pilihan yang terbaik yang perlu anda cuba. Menggabungkan rasa pahit kopi bersama jeli cincau, ia sememangnya menjadikan hidangan minuman anda lebih unik.

Untuk menyediakannya, anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

  • 2 pek kecil Nescafe Classic (2g)
  • 3 sudu besar Susu Pekat Manis Carnation
  • 2 sudu besar Susu Krimer Carnation
  • 100ml air panas
  • Ais batu
  • 50g cincau

Kopi Thailand Ais

Anda juga boleh menambah sedikit rasa rempah pada kopi dengan meletakkan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Penawaran ini adalah keistimewaan bagi air Kopi Thailand Ais.

Untuk mencubanya, anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

  • 1 pek kecil Nescafe Classic (2g)
  • 2 sudu besar Susu Pekat Manis Carnation
  • 2 sudu besar Susu Krimer Carnation
  • 100ml air panas
  • Ais batu
  • 1 biji bunga lawang
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 biji buah kapulaga jawa

Sekiranya anda telah mencubanya, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria akan pengalaman menikmati hidangan kopi-kopi unik ini. Selamat mencuba!