Tahukah anda, selain kurma, jenama terkenal Yusuf Taiyoob sebenarnya turut mengeluarkan beberapa produk makanan dan minuman lain di pasaraya tempatan?

Bagi yang tidak mengetahui, Yusuf Taiyoob merupakan syarikat milik persendirian yang berpangkalan di Pulau Pinang. Ia ditubuhkan pada tahun 1988 dibawah nama syarikat Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. yang mana antara produk utamanya adalah buah-buahan kering dan kekacang.

Tidak hanya tertumpu kepada satu-satu produk sahaja, Yusuf Taiyoob sebenarnya menawarkan dan telah mengimport pelbagai produk lain termasuk ramuan bakeri, rempah ratus, buah-buahan untuk koktel, makanan di dalam tin, sabun herba dan banyak lagi produk pengguna yang lain.

Sekiranya anda ingin mendapatkan beberapa produk makanan lain yang dihasilkan oleh Yusuf Taiyoob, berikut adalah senarai barangan yang boleh anda dapatkan di pasaraya berdekatan anda:

Cendawan

Buah Laici Bersirap

Buah Longan Bersirap

Buah Pic Kuning Separuh Bersirap

Koktel Buah

Makarel Sos Tomato

Dengan penawaran produk Yusuf Taiyoob yang lebih meluas, ia dilihat dapat menjadi pesaing yang sengit kepada produk tempatan yang lain. Namun, jika dibandingkan harga jualan antara produk Yusuf Taiyoob dengan produk lain, ia dilihat ditawarkan pada harga yang sedikit lebih tinggi untuk pengguna.