Plant Origins, salah satu jenama di bawah Signature Market, telah melancarkan set aromaterapi istimewa dengan wangian nostalgia sempena Aidilfitri.

Pelancaran produk ini adalah hasil kerjasama dengan selebriti tempatan iaitu Puteri Aishah yang mana ia menawarkan tiga set Raya eksklusif untuk dipilih. Di dalam setiap kotak, ia mengandungi haruman aromaterapi yang dipilih secara khusus bagi merangsang memori nostalgia musim perayaan.

Diinspirasikan oleh detik istimewa masa lalu, setiap set terdiri daripada haruman Inflorescence Aromatherapy Room Spray. Ia berbeza dengan haruman semburan bilik Plant Origins yang lain kerana semburan bilik edisi terhad menawarkan jenis haruman yang berupaya menyentuh hati.

Pada Hari Raya, ia biasanya hadir dengan pelbagai bauan yang dapat membangkitkan memori silam. Anda mungkin terkenangkan haruman kuih bangkit yang biasanya disediakan pada malam raya, atau haruman bunga yang digubah khusus sempena Hari Raya dan bermacam-macam lagi.

Oleh sebab itu, Plant Origins memperkenalkan haruman yang terhasil daripada makanan tertentu, seperti tumbuh-tumbuhan, lilin dan bahan lain yang dapat mewujudkan hubungan di antara emosi dan memori silam kita.

Bagi yang berminat, set eksklusif ini ditawarkan pada harga sekitar RM80 hingga RM200. Dan tiga set aromaterapi yang dibawakan adalah:

  • Set Raya Terindah
  • Set Idaman Hari
  • Set Riang Ria

Selain daripada set Aromaterapi bingkisan Raya, pengguna juga berpeluang untuk membeli Inflorescence Aromatherapy Room Spray yang dijual pada harga RM49.90. Bagi setiap pembelian semburan bilik ini, anda turut berpeluang menerima Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml) secara percuma.